Eleven showdowns to whet fight fans’ appetite at AFC02
September 21, 2018Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin: Malaysian Tigers Tutup Kempen Dengan Kemenangan
September 22, 2018Peluang skuad hoki negara untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di rentap Argentina apabila pasukan di ranking kedua dunia itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 dalam Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin 2018 untuk menutup aksi di Stadium Hoki Marrara, Australia, dengan keputusan 3-2 memihak Argentina.Skuad yang dikendalikan oleh Muhammad Amin Rahim pada kejohanan ini berjaya untuk mengejutkan lawan terlebih dahulu apabila pada minit kesembilan Muhammad Haziq Samsul menjaringkan gol pembukaan menerusi gerakan padang dan minit ke-25 Haziq nyaris mengandakan jaringan buat negara namun percubaannya tidak menuju tepat ke pintu gawang lawan.
Tiga minit selepas suku ketiga bermula, Argentina berjaya merubah kedudukan menjadi 1-1 apabila Tomas Domene berjaya untuk memastikan kelebihan sudut penalti yang dimiliki diterjemahkan kepada jaringan.
Tersentak dengan gol penyamaan Argentina, skuad negara menggandakan asakan dan hasilnya Malaysian Tigers dihadiahkan dengan pukulan stroke pada minti ke-51 dan Mohd Fitri Saari tidak berdepan sebarang masalah untuk meletakkan skuad negara kembali dihadapan 2-1.
Bagaimanapun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila selang seminit kemudian Argentina kembali mengikat skuad negara dengan jaringan padang Martin Ferreiro dan seakan perlawanan dilihat bakal berkesudahan dengan keputusan seri, Argentina dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti beberapa saat sebelum wisel dibunyikan dan jaringan Pedro Ibarra menutup perlawanan dengan kemenangan memihak Argentina 3-2.
Amin Rahim yang dihubungi selepas tamat perlawanan menyifatkan kesilapan dan masalah yang sama masih berulang di dalam pasukan apabila membenarkan pihak lawan mendapatkan peluang di saat terakhir perlawanan dan mahu semangat untuk menang dalam diri setiap pemain dipertingkatkan lagi.
“Kami sekali lagi terlepas peluang untuk bukan sahaja meraih keputusan seri tetapi kemungkinan untuk memperolehi kemenangan juga terlepas apabila Argentina menjaringkan dua gol pada lapan minit terakhir perlawanan.
“Apa yang saya perhatikan masalah yang sama masih lagi berulang di mana penghujung babak kami membenarkan pihak lawan mendapatkan peluang menjaringkan gol dan ia perlu segera diatasi.
“Saya juga melihat pemain perlu meningkatkan lagi mentaliti untuk mencari kemenangan dalam perlawanan dan semangat untuk menang juga perlu dinaikkan lagi oleh setiap pemain.
“Saya berharap pemain akan segera bangkit daripada kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku dan pastinya kami memandang untuk mendapatkan kemenangan pada perlawanan terakhir kejohanan esok.
“Keyakinan saya terhadap semua pemain sangat tinggi dan saya percaya mereka mampu untuk melakukannya iaitu mendapatkan kemenangan pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat,” jelasnya.
Skuad hoki negara akan turun untuk penentuan tempat ketiga dan keempat esok berdepan sama ada tuan rumah Australia atau Jepun jam 3.30 petang waktu Malaysia.