Asian Games 2018: Malaysia Draw 2-2 With China
August 23, 2018Asian Games 2018: Fitri hopes to return to form after the goal against Thailand
August 23, 2018Pengendali skuad wanita negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah melihat keputusan seri 2-2 dengan China pada aksi kedua Kumpulan A, Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sebagai satu pencapaian baik yang telah diperolehi anak-anak buahnya dan keputusan itu juga sedikit sebanyak membuka mata pasukan lain untuk tidak memandang mudah kepada skuad wanita negara.Malaysian Tigress berjaya untuk berada dihadapan 2-1 pada akhir suku ketiga sebelum China bangkit dengan jaringan penyamaan pada aksi yang berlangsung di Padang Hoki Gelora Bung Karno itu.
Dharmaraj beranggapan skuad negara mempunyai keupayaan untuk menewaskan China tetapi membenarkan China menjaringkan gol penyamaan dan tidak berjaya menyudahkan tiga pukulan sudut penalti berturut-turut yang dimiliki di penghujung perlawanan menyaksikan mereka akur berpuas hati dengan keputusan seri tersebut.
“Ia satu keputusan yang baik dan benar ia sedikit sebanyak membuka mata pasukan lain untuk tidak memandang mudah kepada skuad negara tetapi saya beranggapan ketika kami mendahului 2-1 jaringan tersebut sepatutnya kekal sehingga tamat perlawanan.
“Jika dilihat pada penghujung babak perlawanan ketika keputusan sudah berubah 2-2, kami memperolehi tiga pukulan sudut penalti berturut-turut dan tidak berjaya menggunakan kelebihan tersebut dengan sebaiknya.
“Bagaimanapun keputusan seri ini masih dipandang sebagai satu pencapaian yang baik yang berjaya diperolehi pemain,” jelas Dharma ketika dihubungi selepas tamat perlawanan.
Malaysia dan China kini berkongsi empat mata dan dibezakan dengan satu jaringan gol, menyedari hakikat itu, Dharmaraj melihat jumlah gol sangat penting untuk Malaysia dan China jika kedua-dua pasukan tewas dengan Jepun dan mahu pemain menggunakan perlawanan bertemu Chinese Taipei sebagai platform untuk menjarakkan perbezaan jaringan.
“Perbezaan jaringan pastinya akan cuba dikejar oleh China ketika mereka turun bertemu Hong Kong dan kami juga perlu menggunakan aksi dengan Chinese Taipei untuk mengejar jaringan tersebut.
“Jika Malaysia dan China tewas kepada Jepun, pastinya perbezaan jaringan akan memainkan peranan yang cukup penting untuk merebut slot ke separuh akhir.
“Bertemu Chinese Taipei, saya mahu pemain mendapatkan jaringan dan saya sedar beraksi jam 2.00 petang (waktu Indonesia) pastinya mencabar dan saya mahu pemain beraksi dengan tenang serta tidak gelojoh di depan gol,” tambah Dharmaraj lagi.
Dalam pada itu pemain yang berjaya mencuri perhatian dalam aksi tersebut, Hanis Nadia Onn meledak dua gol yang cukup penting untuk Malaysian Tigress selain Hanis layak mendapat gelaran pemain terbaik dalam pertemuan dengan China ekoran persembahan cemerlang yang ditampilkannya.
Hanis ketika ditanya mengenai perasaanya dapat menjaringkan dua gol dan skuad negara terikat 2-2 dengan China, dia tidak dapat mengambarkan kegembiraanya selain melihat kejayaan tersebut merupakan kejayaan sepasukan serta mahu terus konsistant dengan aksi cemerlang selain tidak mahu memandang mudah lawan mereka seterusnya.
“Saya tidak dapat gambarkan perasaan ketika ini dengan kata-kata kerana semua yang kami perolehi ketika ini adalah usaha keras sepasukan dan kami turun tanpa sebarang tekanan sebenarnya.
“Bagi saya keputusan seri memadai kerana apa yang penting kami tidak keciciran mata dan satu mata ini sangat-sangat bermakna.
“Untuk aksi dengan Chinese Taipei, kami perlu mencari gol bagi membantu dari segi kelebihan jaringan dan kami akan cuba untuk mengekalkan corak permainan yang terbaik tanpa memandang rendah keupayaan lawan.
“InsyaAllah saya yakin gol yang kami cari akan datang,” jelas Hanis.
Malaysian Tigress akan turun bertemu Chinese Taipei pada Sabtu, 25 Ogos jam 3 petang waktu Malaysia.