Kepong BC sets up Final with Puchong United BC
February 9, 2018Kepong, Puchong United to headline SSPL 2017/18 Final
February 10, 2018GENTING HIGHLANDS (9 Februari 2018): Peribahasa “alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan” mungkin sesuai untuk menggambarkan Kelab Badminton (KB) Kepong selepas mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir SS Purple League (SSPL) tadi.Selepas tidak diletakkan sebarang harapan dalam pusingan awal SSPL sebelum ini, KB Kepong mempamerkan aksi menyakinkan di peringkat akhir bermula dengan mengejutkan KB Petaling di pusingan playoff dan tadi, mereka sekali lagi menewaskan KB Cheras 10-4 dalam aksi separuh akhir SSPL sekaligus melangkah ke final saingan ini.
Berlangsung di Arena Of Stars, KB Kepong bermula baik apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki. Pemain dari India yang memiliki corak permainan pantas, Dey Subhankar mengatasi pemain KB Cheras, Tommy Sugiarto dengan keputusan 3-2 (11-10, 7-11, 9-11, 11-9, 4-2) dalam masa penuh 30 minit perlawanan.
KB Cheras terus tertekan apabila mereka terus tumpas dalam acara perseorangan wanita selepas itu. Aksi cemerlang pemain KB Kepong, Qin Jin Jing berjaya membawa kemenangan kedua pasukannya menewaskan Shiori Saito 3-0 (11-7, 11-7, 11-8).
KB Cheras bagaimanapun cuba bangkit dalam acara beregu lelaki apabila pemainnya Tan Boon Heong-Tan Wee Gieen terlebih dahulu mendahului set pertama. Apapun, rentak itu tidak kekal lama selepas gandingan KB Kepong, Liao Min Chun-Su Ching Heng bangkit menang 3-1 (8-11, 11-10, 11-10, 11-9). Kemenangan itu meletakkan KB Kepong mendahului 9-3 secara keseluruhan.
Dalam acara beregu campuran selepas itu, KB Kepong yang hanya memerlukan satu set mata kemenangan untuk mara ke aksi final berjaya mencuri mata penting itu. Pemain KB Kepong, Cheah Yee See-Nur Azriyn Ayub berjaya mendapatkan mata apabila seri 1-1 (6-11, 11-10) dengan Pia Zebadiah-Terry Hee Yong Kai. Keputusan seri itu sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan KB Kepong ke final.
Ketua jurulatih KB Kepong, Mohd Zakry Abdul Latif berkata, “Benda yang saya rasa begitu mengejutkan dapat layak hingga ke tahap ini. Pemain KB Kepong mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga kita sampai sejauh ini. Peluang untuk menjadi juara ada, tetapi kelebihan tetap pada KB Puchong United menerusi barisan pemain yang dimiliki mereka.
“Sebelum bermain di peringkat akhir lagi, saya sudah ingatkan pemain supaya hanya beraksi bersungguh-sungguh dan tidak ada apa perlu dirisaukan di final nanti memandangkan kita adalah pasukan underdog. Saya harapkan mereka dapat kekalkan momentum seperti yang dipamerkan semasa menewaskan KB Petaling ketika playoff dan juga mengatasi KB Cheras di separuh akhir tadi,” kata Zakry.
Sebelum itu, di sebelah petang tadi menyaksikan pasukan pilihan, KB Puchong United terlebih dahulu ke perlawanan akhir SSPL selepas menang 10-3 mengatasi juara bertahan, KB Petaling Jaya. Aksi akhir SSPL 2017/18 akan berlangsung Ahad ini di venue sama, Arena Of Stars, Genting Highlands.
Keputusan Penuh Separuh Akhir SS Purple (9/2/2018)
4pm: KB Puchong United kalahkan KB Petaling Jaya 10-3
MS1: Chou Tien Chen kalahkan Goh Giap Chin 3-1 (10-11, 11-10, 11-6, 11-10)
WS: Deng Xuan kalahkan Supanida Katethong 3-1 (11-9, 11-7, 7-11, 11-7)
MD: Mak Hee Chun-Yoo Yeon Seong kalahkan Chooi Kah Ming-Kim Gijung (10-11, 11-10, 11-8, 11-7)
XD: Shevon Jemie Lai-Tan Kian Meng kalahkan Kim Sa Rang-Ti Wei Chyi 1-0 (11-3, Retired)
8pm: KB Kepong kalahkan KB Cheras 10-4
MS1: Dey Subhankar kalahkan Tommy Sugiarto 3-2 (11-10, 8-11, 9-11, 11-9, 4-2)
WS: Qin Jin Jing kalahkan Shiori Saito 3-0 (11-7, 11-7, 11-8)
MD: Liao Min Chun-Su Ching Heng kalahkan Tan Boon Heong-Tan Wee Gieen 3-1 (8-11, 11-10, 11-10, 11-9)
XD: Cheah Yee See-Nur Mohd Azriyn Ayub seri dengan Pia Zebadiah Bernadet-Terry Hee Yong Kai 1-1 (6-11, 11-10, Retired)
Jadual Perlawanan Penentuan tempat ke-5/6 esok:
(2pm) KB Ampang Jaya BC lwn KB Petaling