Petaling BC in Fine Form Heading into SSPL Finals
January 28, 2018TNB LHM 2018: KLHC Terus Beri Tekanan
January 28, 2018KUALA LUMPUR (28 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Petaling kini mengintai slot automatik ke separuh akhir SS Purple League 2017/18 setelah meraih dua kemenangan di peringkat kedua. Sebentar tadi, KB Petaling menewaskan KB Ampang Jaya 14-7 dalam aksi Kumpulan B di Sports Arena tadi.Mereka kini menghuni tangga kedua dengan mengumpulkan 94 mata. Apapun, pasukan bimbingan Ketua jurulatih, Yap Kim Hock itu perlu menunggu keputusan pertemuan antara KB Puchong United melawan KB Cheras malam nanti dan sekiranya KB Cheras gagal melakar kemenangan besar, tiket automatik itu akan menjadi milik KB Petaling.
KB Petaling bermula baik dalam acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Kenichi Tago mencatatkan kemenangan 3-2 (6-11, 11-9, 11-3, 7-11, 11-6) menewaskan pemain KB Ampang Jaya, Tan Jia Wei.
Kedudukan KB Petaling bertambah selesa selepas kemenangan turut dijelmakan oleh pemainnya, Hera Desiana Rachmawati dalam acara perseorangan wanita. Hera menang 3-0 (11-10, 11-7, 11-9) mengatasi pemain KB Ampang Jaya dari China, Xu Wei membolehkan KB Petaling di depan 6-2.
Dalam aksi beregu lelaki, Aaron Chia/ Man Wei Chong terus menambah duka KB Ampang Jaya dalam acara beregu lelaki apabila mereka mencatatkan kemenangan 3-1 (11-3, 9-11, 11-9, 11-5) mengatasi Markis Kido/ Muhd Syawal Ismail.
Devi Tika Permatasari/ Irfan Fadhilah menambah mata buat KB Petaling lagi dalam acara beregu campuran selepas itu. Mereka menang 3-1 (9-11, 11-8, 11-8, 8-6) mengalahkan Lee Shun Mei/ Lukhi Apri Nugroho untuk membolehkan KB Petaling di depan 12-4.
Apapun, KB Petaling tewas dalam satu lagi acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Cheam June Wei tewas kepada Nguyen Tien Minh 2-3 (11-3, 5-11, 11-8, 7-11, 1-7). Apapun, kekalahan June Wei tidak menghalang kemenangan keseluruhan KB Petaling dalam perlawanan ini.
Jurulatih perseorangan KB Petaling, Ismail Saman berkata. “Alhamdulilah saya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh para pemain di peringkat kedua ini. Berkenaan perlawanan tadi, semua pemain memberikan fokus seratus peratus cumanya Cheam June Wei kalah kerana kekurangan pengalaman berbanding lawannya,”ujarnya.
Mengulas peluang pasukannya untuk memperoleh slot automatik ke separuh akhir, Ismail berkata, “Kita mengharapkan keputusan terbaik kerana ianya akan menjadi motivasi dan semangat untuk pasukan KB Petaling. Saya harap pemain akan terus fokus dan bersemangat di peringkat akhir nanti kerana lawan yang bakal dihadapi nanti juga semestinya memiliki kekuatan sendiri,”katanya.
Mengikut kedudukan semasa peringkat kedua ketika ini, KB Puchong United semakin unggul dengan 102 mata, diikuti KB Petaling dengan 94 mata dan KB Cheras 84 mata. Satu lagi baki perlawanan peringkat kedua adalah antara KB Cheras dan KB Puchong United malam nanti.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin di bahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin+ mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World Genting bulan hadapan. Sementara empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (28/1/2018)
Kump. B:
(4pm) KB Ampang Jaya BC kalah kepada KB Petaling 7-14
MS2: Tan Jia Wei kalah kepada Kenichi Tago 2-3 (11-6, 9-11, 3-11, 11-7, 6-11)
WS: Xu Wei kalah kepada Hera Desiana Rachmawati 0-3 (10-11, 7-11, 9-11)
MD: Markis Kido-Muhd Syawal Mohd Ismail kalah kepada Aaron Chia-Man Wei Chong 1-3 (3-11, 11-9, 9-11, 5-11)
XD: Lee Shun Mei-Lukhi Apri Nugroho kalah kepada Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah 1-3 (11-9, 8-11, 8-11, 6-8)
MS1: Nguyen Tien Minh kalahkan Cheam June Wei 3-2 (3-11, 11-5, 8-11, 11-7, 7-1)