Puchong United BC Failed to Benefit from Squad Rotation
January 28, 2018TNB LHM 2018: Perhitungan Terakhir KLHC, THT
January 31, 2018KUALA LUMPUR (28 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Cheras akhirnya berjaya meraih slot automatik ke separuh akhir SS Purple League 2017/18 setelah menumbangkan KB Puchong United 13-4 di perlawanan terkahir peringkat kedua dalam kumpulan A bertempat di Sports Arena Sentosa sebentar tadi.
KB Cheras layak selaku pasukan di kedudukan kedua dengan mengumpul 97 mata kemenangan sepanjang musim ini. KB Puchong United pula turut mara ke separuh akhir secara automatik setelah menjadi pasukan yang di tangga pertama dengan mengumpulkan mata kemenangan terbanyak iaitu 106 mata.
KB Cheras berada di depan melalui kemenangan yang dicipta oleh pemain perseorangan lelaki, Chong Yee Han yang menang 3-0 (11-8, 11-7, 11-7) mengatasi pemain KB Puchong United, Chia Weijie.
Bagaimanapun, dalam perlawanan perseorangan wanita selepas itu menyaksikan KB Puchong United kembali menang. Kemenangan itu terhasil apabila pemainnya, Deng Xuan menang 3-1 (11-8, 9-11, 11-2, 11-9) mengatasi pemain KB Cheras dari Indonesia, Bellaetrix Manuputty.
Dalam acara beregu lelaki selepas itu memperlihatkan kemenangan kembali berpihak kepada pasukan KB Cheras apabila gandingannya, Danny Bawa Chrisnanta/ Mohd Arif Latif menang 3-0 (11-3, 11-8, 11-7) ke atas Adam Lau Yu Ming/ Wong Wai Jun.
Gandingan beregu campuran KB Cheras, Shela Devi Aulia/ Ahmad Maziri Mazlan terus memberikan kelebihan buat pasukan itu menerusi kemenangan 3-1 (9-11, 11-7, 11-8, 11-8) mengalahkan Mak Hee Chun/ Ng Qi Xuan.
Slot automatik di separuh akhir KB Cheras disahkan oleh Chong Wei Feng yang turun dalam satu lagi aksi perseorangan lelaki. Dia menang mudah 3-0 (11-5, 11-5, 11-8) menumpaskan Alfred Lau Yu Leong sekaligus membawa pasukannya untuk bersaing dalam kelompok empat terbaik di peringkat akhir SS Purple League nanti.
Ketua jurulatih KB Cheras, Rashid Sidek berkata, “Saya berpuas hati dengan semua pemain di peringkat kedua ini di mana mereka berusaha sehingga kita boleh berada di kedudukan kedua secara keseluruhan. Dengan kedudukan itu juga, nampaknya kita kini telah memperoleh tiket automatik ke separuh akhir.
“Kalau boleh, tentulah kita mensasarkan untuk ke final pula selepas ini. Setakat kami berwaspada dengan ancaman KB Petaling. Begitu juga dengan pasukan lain yang kita tidak tahu kekuatan mereka ditambah dengan kemasukan pemain-pemain baru, jadi akan mengkaji mengenai mereka selepas ini,”kata Rashid selepas perlawanan.
Rashid juga berpesan kepada pemain supaya lebih gigih untuk menghadapi pusingan akhir liga ini. Dia berkata, “Saya mahu pemain saya meneruskan kerja keras mereka dalam sesi latihan dan sentiasa fokus. Mana-mana pemain yang diturunkan nanti di peringkat akhir, saya harap mereka akan bersedia dan memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Selain KB Puchong United dan KB Cheras yang sudah sah ke separuh akhir saingan ini, empat lagi pasukan iaitu KB Petaling, KB Ampang Jaya, KB Kepong dan KB Petaling Jaya akan bermain secara playoff bagi merebut dua lagi slot di Arena Of Stars, Resorts World Genting pada 8-11 Februari ini.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (28/1/2018)
Kump. A:
(8mlm) KB Puchong United BC kalah kepada KB Cheras 4-13
MS2: Chia Weijie kalah kepada Chong Yee Han 0-3 (8-11, 7-11, 7-11)
WS: Deng Xuan kalahkan Bellaetrix Manuputty 3-1 (11-8, 9-11, 11-2, 11-9)
MD: Adam Lau Yu Ming-Wong Wai Jun kalah kepada Danny Bawa Chrisnanta-Mohd Arif Ab Latif 0-3 (3-11, 8-11, 7-11)
XD: Mak Hee Chun-Ng Qi Xuan kalah kepada Ahmad Maziri Mazlan-Shela Devi Aulia 1-3 (11-9, 7-11, 8-11, 8-11)
MS1: Alfred Lau Yu Leong kalah kepada Chong Wei Feng 0-3 (5-11, 5-11, 8-11)
Kump. B:
(4ptg) KB Ampang Jaya BC kalah kepada KB Petaling 7-14
MS2: Tan Jia Wei kalah kepada Kenichi Tago 2-3 (11-6, 9-11, 3-11, 11-7, 6-11)
WS: Xu Wei kalah kepada Hera Desiana Rachmawati 0-3 (10-11, 7-11, 9-11)
MD: Markis Kido-Muhd Syawal Mohd Ismail kalah kepada Aaron Chia-Man Wei Chong 1-3 (3-11, 11-9, 9-11, 5-11)
XD: Lee Shun Mei-Lukhi Apri Nugroho kalah kepada Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah 1-3 (11-9, 8-11, 8-11, 6-8)
MS1: Nguyen Tien Minh kalahkan Cheam June Wei 3-2 (3-11, 11-5, 8-11, 11-7, 7-1)