
Slumping Petaling Jaya BC Suffers Yet Another Defeat
January 27, 2018
Ampang Jaya BC Gets Timely Boost
January 27, 2018
KUALA LUMPUR (27 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Cheras memulakan pemburuan mereka untuk mendapatkan slot automatik ke separuh akhir SS Purple League dengan baik selepas meraih kemenangan 14-6 ke atas KB Petaling Jaya di peringkat kedua dalam Kumpulan A tadi.
Berlangsung di Sports Arena Sentosa, pemain perseorangan lelaki KB Cheras, Chong Yee Han berjaya meletakkan pasukannya di depan selepas dia menang 3-0 (11-6, 11-6, 11-3) mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Labieb Muhzafar Lakamagi.
Kedudukan KB Cheras semakin selesa apabila pemain barunya, Bellaetrix Manuputty menang 3-1 (11-4, 4-11, 11-8, 11-4) ke atas pemain muda KB Petaling Jaya, Lee Zii Yii untuk membolehkan kelabnya di depan 6-1 keseluruhan.
Dalam acara beregu lelaki selepas itu, kedudukan KB Cheras bertambah kukuh setelah pemainnya, Danny Bawa Chrisnanta/ Mohd Arif Abdul Latif berjaya menewaskan gandingan KB Petaling Jaya, Jagdish Singh Dhanoa/ R. Satheishtharan 3-1 (11-7, 10-11, 11-5, 11-9) menjadikan kedudukan keseluruhan KB Cheras di depan 9-2.
Penguasaan KB Cheras terus diterjemahkan oleh pasangan beregu campuran mereka, Shela Devi Aulia/ Terry Hee Yong Kai yang mengalahkan gandingan KB Petaling Jaya, V. Thanesh/ Ti Wei Chyi 3-1 (11-5, 11-9, 7-11, 11-4).
Apapun, KB Cheras tewas dalam satu lagi acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, Chong Wei Feng tewas tipis 2-3 (11-9, 10-11, 6-11, 11-8, 5-6) kepada Goh Giap Chin. Kekalahan Wei Feng bagaimanapun tidak menjadi pengacau kepada kemenangan mutlak KB Cheras malam ini.
Ketua jurulatih KB Cheras, Rashid Sidek berkata, “Mengutip 14 mata dalam perlawanan ini sebenarnya sudah cukup bagus kepada pasukan dan saya harap pemain akan terus mengekalkan momentum esok.
Kita sasarkan kalau boleh untuk meraih kedudukan dua terbaik bagi mendapatkan tiket automatik ke separuh akhir SS Purple League kerana ia bakal memberikan situasi yang lebih selesa kepada pasukan.
“Mengenai dua pemain baru (Bellaetrix Manuputty dan Shela Devi Aulia) yang beraksi hari ini, kita tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi kerana ia adalah perlawanan pertama mereka, apapun mereka berjaya menang tadi dan bagi saya ianya sudah cukup,” kata Rashid selepas perlawanan.
Sebelum itu di sebelah pagi tadi, dua pasukan yang menghuni tangga tercorot round robin bermain untuk penentuan kedudukan ke-7/8. Perlawanan itu dimenangi oleh KB Bangsar Hawks menumpaskan KB Serdang 10-7.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin di bahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin + mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World Genting bulan hadapan. Sementara empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (27/1/2018)
Group A:
(4pm) KB Cheras kalahkan KB Petaling Jaya 14-6
MS2: Chong Yee Han kalahkan Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-6, 11-6, 11-3)
WS: Bellaetrix Manuputty kalahkan Lee Zii Yii 3-1 (11-4, 4-11, 11-8, 11-4)
MD: Danny Bawa Chrisnanta-Mohd Arif Ab Latif kalahkan Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan 3-1 (11-7, 10-11, 11-5, 11-9)
XD: Shela Devi Aulia-Terry Hee Yong Kai kalahkan Thanesh A/L Veerappan-Ti Wei Chyi 3-1 (11-5, 11-9, 7-11, 11-4)
MS1: Chong Wei Feng kalah kepada Goh Giap Chin 2-3 (11-9, 10-11, 6-11, 11-8, 5-6)
Penentuan Kedudukan ke-7/8:
(12pm) KB Bangsar Hawks kalahkan KB Serdang 10-7
MS1: Ryan Ng Zin Rei kalah kepada Leong Jun Hao 2-3 (11-8, 11-10, 10-11, 1-11, 3-11)
WS: Yap Yee kalahkan Yun Liang 3-0 (11-9, 11-6, 11-3)
MD: Dede Ryan Philip-Yap Qar Siong kalah kepada Mohd Syazmil Idham-Ong Wei Khoon 1-3 (9-11, 2-11, 11-7, 7-11)
XD: Muhd Aliff Nurizwan-Toh Ee Wei (walkover) Derek Yeoh-Tan Sueh Jeou 3-0
MS2: Zulhelmi Zulkiffli seri dengan Ng Tze Yong 1-1 (8-11, 11-7)