Ampang Jaya BC Gets Timely Boost
January 27, 2018Petaling BC in Fine Form Heading into SSPL Finals
January 28, 2018KUALA LUMPUR (27 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya mengutip kemenangan pertama di peringkat kedua SS Purple League setelah menang 11-10 mengatasi KB Kepong dalam perlawanan kumpulan B di Sports Arena Sentosa tadi.
KB Kepong terlebih dahulu mencatatkan kemenangan dalam acara perseorangan lelaki melalui pemain mudanya, Muhd Nuraidil Adha Azman yang menang 3-2 (6-11, 11-8, 7-11, 11-8, 10-9) masa masa perlawanan 30 minit menewaskan pemain KB Ampang Jaya, Tan Jia Wei.
Namun, KB Ampang Jaya kembali menang dalam acara perseorangan wanita apabila Xu Wei menang 3-1 (11-9, 11-8, 10-11, 6-1) mengalahkan pemain KB Kepong, Qin Jin Jing.
Kemudian, kedudukan KB Ampang Jaya bertambah selesa selepas beregu lelaki mereka, Lukhi Apri Nugroho/ Muhd Syawal Mohd Ismail mencatatkan kemenangan 3-0 (11-7, 11-8, 11-8) ke atas Boon Xin Yuan/ Tan Chee Tean.
Bagaimanapun, penguasaan KB Ampang Jaya tidak berterusan dalam acara beregu campuran. Gandingan Markis Kido/ Nurul Farisha terpaksa akur selepas tewas 1-3 (5-11, 11-7, 7-11, 2-11) kepada pasangan KB Kepong, Cheah Yee See/ Tee Kai Wun.
Dalam satu lagi acara perseorangan lelaki, KB Ampang Jaya juga tewas tipis 2-3 (3-11, 11-10, 11-10, 10-11, 1-2) selepas pemainnya, Nguyen Tien Minh tumpas kepada Lim Chi Wing tetapi mereka bernasib baik kerana keputusan set mata keseluruhan masih memihak KB Ampang Jaya.
Jurulatih dan juga pemain KB Ampang Jaya, Mohd Syawal Ismail berkata, “Hari ini kita menang 11-10 biarpun ada beberapa acara yang tidak dijangka keputusannya. Apapun, setakat ini saya masih berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain-pemian dalam KB Ampang Jaya.”
“Biarpun terdapat beberapa pasukan yang sedang berusaha untuk memintas kedudukan kami di tempat kedua ketika ini, namun ia tidak merisaukan saya. Kita akan lalui satu perlawanan demi satu perlawanan memandangkan apa terjadi sekalipun, kita sudah layak ke peringkat terakhir nanti,” katanya.
Tambah Syawal lagi, “Secara peribadi, saya masih optimis dengan kebolehan yang ada pada pemain untuk mengekalkan kedudukan ini memandangkan kami masih ada lagi satu perlawanan bertemu KB Petaling di peringkat kedua esok.”
Sebelum itu di sebelah pagi tadi, dua pasukan yang menghuni tangga tercorot round robin bermain untuk penentuan kedudukan ke-7/8. Perlawanan itu dimenangi oleh KB Bangsar Hawks menumpaskan KB Serdang 10-7. Di sebelah petang pula, KB Cheras mengalahkan KB Petaling Jaya 14-6 dalam perlawanan peringkat kedua dalam kumpulan A.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin di bahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin + mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World Genting bulan hadapan. Sementara empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple Peringkat Kedua (27/1/2018)
Kump. B:
(8pm) KB Ampang Jaya kalahkan KB Kepong 11-10
MS2: Tan Jia Wei kalah kepada Muhd Nuraidil Adha Azman 2-3 (11-6, 8-11, 11-7, 8-11, 9-10)
WS: Xu Wei kalahkan Qin Jin Jing 3-1 (11-9, 11-8, 10-11, 6-1)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail kalahkan Boon Xin Yuan-Tan Chee Tean 3-0 (11-7, 11-8, 11-8)
XD: Markis Kido-Nurul Farisha Abd Malek kalah kepada Cheah Yee See-Tee Kai Wun 1-3 (5-11, 11-7, 7-11, 2-11)
MS1: Nguyen Tien Minh kalah kepada Lim Chi Wing 2-3 (3-11, 11-10, 11-10, 10-11, 1-2)
Kump. A:
(4pm) KB Cheras kalahkan KB Petaling Jaya 14-6
MS2: Chong Yee Han kalahkan Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-6, 11-6, 11-3)
WS: Bellaetrix Manuputty kalahkan Lee Zii Yii 3-1 (11-4, 4-11, 11-8, 11-4)
MD: Danny Bawa Chrisnanta-Mohd Arif Ab Latif kalahkan Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan 3-1 (11-7, 10-11, 11-5, 11-9)
XD: Shela Devi Aulia-Terry Hee Yong Kai kalahkan Thanesh A/L Veerappan-Ti Wei Chyi 3-1 (11-5, 11-9, 7-11, 11-4)
MS1: Chong Wei Feng kalah kepada Goh Giap Chin 2-3 (11-9, 10-11, 6-11, 11-8, 5-6)
Penentuan Kedudukan ke-7/8:
(12pm) KB Bangsar Hawks kalahkan KB Serdang 10-7
MS1: Ryan Ng Zin Rei kalah kepada Leong Jun Hao 2-3 (11-8, 11-10, 10-11, 1-11, 3-11)
WS: Yap Yee kalahkan Yun Liang 3-0 (11-9, 11-6, 11-3)
MD: Dede Ryan Philip-Yap Qar Siong kalah kepada Mohd Syazmil Idham-Ong Wei Khoon 1-3 (9-11, 2-11, 11-7, 7-11)
XD: Muhd Aliff Nurizwan-Toh Ee Wei (walkover) Derek Yeoh-Tan Sueh Jeou 3-0
MS2: Zulhelmi Zulkiffli seri dengan Ng Tze Yong 1-1 (8-11, 11-7)
Jadual Perlawan Peringkat Kedua SSPL Esok (28/1/2018):
4pm: KB Ampang Jaya lwn KB Petaling (Kump. B)
8pm: KB Puchong United lwn KB Cheras (Kump. A)
*Venue perlawanan adalah di Sports Arena Sentosa, Jalan Klang Lama