Puchong United BC picks up where they left off
January 26, 2018Slumping Petaling Jaya BC Suffers Yet Another Defeat
January 27, 2018KUALA LUMPUR (26 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Puchong United terus membuktikan keunggulan mereka dalam saingan SS Purple League musim ini apabila mengatasi juara bertahan, KB Petaling Jaya 9-7 dalam aksi peringkat kedua dalam Kumpulan A tadi di Sports Arena Sentosa.
Biarpun menang tipis, namun kemenangan sulung diperingkat kedua saingan SS Purple League ini menyaksikan KB Puchong United mengekalkan rekod bersih termasuk ketika meraih tujuh kemenangan semasa pusingan round robin lalu.
Liew Daren terlebih dahulu mendapatkan mata buat KB Puchong United melalui kemenangan mudah dalam acara perseorangan lelaki selepas dia menumpaskan pemain KB Petaling Jaya, Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-8, 11-1, 11-4).
Dalam acara perseorangan wanita pula, Deng Xuan menambah kutipan mata keseluruhan KB Puchong United menjadi 6-1 selepas dia menewaskan pemain KB Petaling Jaya, Lee Zii Yii 3-1 (11-5, 6-11, 11-4, 11-7).
Acara beregu lelaki menyaksikan Lim Khim Wah/ Mak Hee Chun terus menghadiahkan mata kemenangan buat KB Puchong United. Mereka membenam Jagdish Singh/ R. Satheishtharan 3-0 (11-3, 11-9, 11-9) untuk membolehkan KB Puchong United mendahului 9-1 secara keseluruhan.
KB Petaling Jaya bagaimanapun bangkit memberi saingan dalam acara beregu campuran selepas itu apabila V. Thanesh/ Ti Wei Chyi menang 3-0 (11-6, 11-6, 11-8) ke atas Ng Qi Xuan/ Wong Wai Jun.
Goh Giap Chin yang turun dalam satu lagi acara perseorangan lelaki turut memberikan kemenangan 3-0 (11-5, 11-3, 11-10) kepada KB Petaling Jaya selepas dia mengatasi pemain berpengalaman KB Puchong United, Wei Nan. Kemenangan Giap Chin bagaimanapun sudah terlambat untuk mengejar mata set keseluruhan yang menjadi milik KB Puchong United dalam perlawanan ini.
Pemain beregu lelaki KB Puchong United, Lim Khim Wah berkata, “Saya rasa kami bermain dengan bagus. Lagipun saya dan Mak Hee Chun adalah gandingan semasa kami bermain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) satu masa dahulu termasuk ketika beraksi dalam kejohanan remaja dunia, jadi sentuhan kami masih ada.
“Gandingan kami juga memberikan sumbangan yang baik kepada KB Puchong United setakat ini. Jadi sayaberharap kami akan terus digandingkan semasa pusingan akhir nanti. Dengan kekuatan secara berpasukan yang dimiliki KB Puchong United, saya harap kami dapat mara ke perlawanan akhir sekaligus menjadi juara SS Purple League kali ini,” kata Khim Wah.
Peringkat kedua SS Purple League menyaksikan enam pasukan teratas dari liga round robin di bahagikan kepada dua kumpulan. Mereka bersaing mendapatkan mata terbanyak (mata round robin + mata peringkat kedua) untuk merebut dua slot automatik ke pusingan separuh akhir SS Purple League di Arena Of Stars, Resorts World Genting bulan hadapan. Sementara empat lagi pasukan akan beraksi secara playoff untuk memburu dua lagi baki slot itu nanti.
Keputusan SS Purple League 2017/18 Peringkat Kedua (26/1/2018)
(8pm) KB Puchong United kalahkan KB Petaling Jaya 9-7
MS2: Liew Daren kalahkan Labieb Muhzafar Lakamagi 3-0 (11-8, 11-1, 11-4)
WS: Deng Xuan kalahkan Lee Zii Yii 3-1 (11-5, 6-11, 11-4, 11-7)
MD: Lim Khim Wah-Mak Hee Chun kalahkan Jagdish Singh Dhanoa-R. Satheishtharan 3-0 (11-3, 11-9, 11-6)
XD: Ng Qi Xuan-Wong Wai Jun kalah kepada Thanesh A/L Veerappan-Ti Wei Chyi 0-3 (6-11, 6-11, 8-11)
MS1: Wei Nan kalah kepada Goh Giap Chin 0-3 (5-11, 3-11, 10-11)
(4pm) KB Kepong kalah kepada KB Petaling 6-12
MS2: Muhd Nuraidil Adha Azman kalah kepada Kenichi Tago 0-3 (8-11, 8-11, 5-11)
WS: Qin Jin Jing kalahkan Hera Desiana Rachmawati 3-2 (11-8, 11-8, 7-11, 3-11, 2-1)
MD: Boon Xin Yuan-Tee Kai Wun kalah kepada Aaron Chia-Man Wei Chong 0-3 (9-11, 8-11, 8-11)
XD: Cheah Yee See-Nur Mohd Azriyn Ayub kalah kepada Devi Tika Permatasari-Irfan Fadhilah 0-3 (4-11, 7-11, 9-11)
MS1: Lim Chi Wing kalahkan Cheam June Wei 3-1 (5-11, 11-2, 11-6, 11-6)
Jadual SS Purple League 2017/18 Peringkat Kedua (27/1/2018):
Penentuan tempat ke-7/8
12.00pm: KB Bangsar Hawks lwn KB Serdang
Saingan Peringkat kedua:
4.00pm: KB Cheras lwn KB Petaling Jaya (Kump. A)
8.00pm: KB Ampang Jaya lwn KB Kepong (Kump. B)
*semua perlawanan esok berlangsung di Sports Arena Sentosa, Jalan Klang Lama.