First Round Exit for Chong Wei
January 17, 2018National Women’s Singles: There’s Light at the End of the Tunnel
January 18, 2018KUALA LUMPUR (17 Januari 2018): Tenaga Nasional Berhad (TNB) menepati ramalan apabila menewaskan TNB Thunderbolts 3-1 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Hoki Nasional hari ini sekali gus kekal memimpin saingan liga dengan meraih sembilan mata penuh selepas tiga perlawanan.
Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu sebelum ini menewaskan dua pasukan pilihan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2 dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2.
Meskipun terus meraih tiga mata penuh pada perlawanan hari ini, Nor Saiful tetap kurang berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya.
“Saya lihat mereka tidak bermain seperti dua perlawanan sebelum ini. Mungkin ia disebabkan Thunderbolts adalah lawan yang selalu kita temui pada sesi latihan.
“Tapi itu bukanlah alasan untuk barisan pemain saya mempamer aksi kurang mantap hari ini.
Bagaimanapun jelas Nor Saiful, perkara yang lebih penting adalah anak buahnya terus meraih tiga mata penuh.
“Tiga mata pada setiap perlawanan amat penting. Tapi harus diakui pasukan lawan juga beraksi dengan baik terutama di bahagian pertahanan mereka yang sering menafikan pukulan sudut penalti kami.
“Apapun kami harus meneruskan rentak cemerlang ini pada perlawanan seterusnya bertemu THT (Pasukan Hoki Terengganu),” katanya.
Norshafiq Sumantri meletakkan TNB di depan menerusi jaringan padang minit ke-11 sebelum Muhammad Hazzim Amin Hafidz menyamakan kedudukan minit ke-19 hasil gol padang.
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan kembali meletakkan TNB di depan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-21 dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal mengesahkan kemenangan TNB hasil pukulan sudut penalti minit ke-60.
Sementara itu di Stadium Hoki Kuala Lumpur , juara bertahan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mensia-siakan peluang terbaik untuk melakar kemenangan pertama liga apabila sekadar seri 3-3 ketika bertemu Universiti Kuala Lumpur (KLHC).
KLHC di bawah bimbingan Lim Chiow Chuan selesa mendahului 3-0 sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi gol padang tonggak import Joshua Pollard minit ke-23, Mohd Syamim Mohd Yusof (m-27) dan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim (m-28).
Bagaimanapun mereka gagal mempertahankan kedudukan itu selepas UniKL berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Glenn Stewarts Tunner minit ke-45, Muhammad Marhan Mohd Jalil (m-54) dan pukulan sudut penalti Jeroen Dolf Hertzberger (m-55).
Selepas tiga perlawanan, KLHC sekadar mengutip dua mata.
Liga Perdana
Hari ini
KLHC 3 UniKL 3
TNB Thunderbolts 1 TNB 3
Maybank 1 THT 5
Jumaat (19 Januari 2018)
UniKL mln TNB Thunderbolts
TNB mln THT
Maybank mln KLHC
(Std Hoki Nasional Bukit Jalil)