Puchong United BC Top SSPL 2017/18 Phase 1 Standings
January 6, 2018Piala Tan Sri P. Alagendra: Roslan Muncul Wira Bantu KLHC Julang Piala
January 7, 2018KUALA LUMPUR (6 Januari 2018): Perlawanan round robin SS Purple League (SSPL) yang berakhir hari ini menyaksikan Kelab Badminton (KB) Puchong United berada pada kelas tersendiri selepas muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas musim ini.
Sebentar tadi di Sports Arena Sentosa, mereka mencatatkan satu lagi kemenangan dengan menumpaskan KB Ampang Jaya 13-7. Melalui kemenangan itu, ia bermakna KB Puchong United menamatkan peringkat pertama SSPL (round robin) selaku juara liga dengan mengutip kemenangan bersih dalam kesemua tujuh perlawanan yang dilalui mereka.
Perlawanan antara KB Puchong United dan KB Ampang Jaya bermula rancak sejak acara perseorangan lelaki. Apapun, KB Puchong United berjaya mencuri mata kemenangan dalam perlawanan tersebut menerusi Liew Daren yang menewaskan Yan Runze dengan keputusan 3-2 (8-11, 11-4, 8-11, 11-10, 3-1) dalam 30 minit tempoh permainan.
Di perlawanan perseorangan wanita selepas itu, KB Ampang Jaya kembali meraih kemenangan menerusi pemain negara, Goh Jin Wei yang menang 3-2 (11-7, 11-7, 7-11, 4-11, 4-3) mengatasi pemain KB Puchong United, Deng Xuan.
Gandingan Lim Khim Wah/ Teo Ee Yi kembali meletakkan KB Puchong United di landasan kemenangan dalam acara beregu lelaki selepas itu. Mereka beraksi cemerlang menumbangkan Lukhi Apri Nugroho/ Syawal Ismail dengan keputusan 3-0 (11-7, 11-4, 11-5). Kemenangan itu membolehkan KB Puchong United mendahului kutipan set mata keseluruhan 8-5.
Dalam acara beregu campuran, aksi terus berlangsung sengit menyaksikan gadingan KB Puchong United, Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng seri 2-2 (11-8, 6-11, 5-11, 6-4) dengan pemain KB Ampang Jaya, Chan Peng Soon/ Ririn Amelia. Keputusan itu membolehkan KB Puchong United terus mendahului kutipan set mata 10-7 secara keseluruhan.
Wei Nan mengesahkan kemenangan KB Puchong United dalam satu lagi acara perseorangan lelaki selepas dia mudah menewaskan pemain KB Ampang Jaya, Zulfadli Zulkiffli dengan keputusan 3-0 (11-9, 11-5, 11-5).
Pengurus KB Puchong United, Irina Inozemtseva berkata, “Hari ini adalah perlawanan yang penting bukan kerana kami bertemu KB Ampang Jaya yang berada di tangga kedua liga tetapi ianya adalah satu perlawanan yang menguji mental pemain dengan penyokong mereka memenuhi gelanggang hari ini.
“KB Puchong United sememangnya satu pasukan yang digeruni dalam SS Purple League tetapi kami gagal dalam cubaan mendapatkan kejuaraan dua musim sebelum ini. Jadi, musim ini hanya kejuaraan sahaja yang akan membuatkan pasukan kami berasa puas. Untuk pusingan selepas ini, kami akan mengkaji semula prestasi pemain semasa di pusingan awal dan hanya yang terbaik akan di bawa ke peringkat selepas ini ,” kata Irina selepas perlawanan.
Enam pasukan teratas daripada saingan liga round robin SSPL layak ke peringkat seterusnya. Mereka bakal mengharungi peringkat kedua sebelum bersaing di peringkat akhir SSPL di Arena Of Stars, Resorts World Genting pada 8-11 Februari ini.
Keputusan SS Purple Saingan Round Robin (6/1/2018)
(8mlm) KB Ampang Jaya kalah kepada KB Puchong United 7-13
MS2: Yan Runze kalah kepada Liew Daren 2-3 (11-8, 4-11, 11-8, 10-11, 1-3)
WS: Goh Jin Wei kalahkan Deng Xuan 3-2 (11-7, 11-7, 7-11, 4-11, 4-3)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail kalah kepada Lim Khim Wah-Teo Ee Yi 0-3 (7-11, 4-11, 5-11)
XD: Chan Peng Soon-Ririn Amelia seri dengan Lai Pei Jing-Tan Kian Meng 2-2 (8-11, 11-6, 11-5, 4-6)
MS1: Zulfadli Zulkiffli kalah kepada Wei Nan 0-3 (9-11, 5-11, 5-11)
(4pm) KB Petaling Jaya kalahkan KB Kepong 12-11
MS2: Goh Giap Chin kalahkan Muhd Nuraidil Adha Azman 3-2 (10-11, 11-4, 11-7, 9-11, 11-6)
WS: Lee Zii Yii kalah kepada Ho Yen Mei 1-3 (7-11, 9-11, 11-10, 6-11)
MD: Jagdish Singh Dhanoa-Low Juan Shen kalah kepada Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Chee Tean 2-3 (6-11, 11-9, 11-10, 10-11, 6-11)
XD: Goh Yea Ching-K. Yogendran kalahkan Cheah Yee See-Goh Soon Huat 3-1 (9-11, 11-9, 11-10, 11-8)
MS1: Lee Cheuk Yiu kalahkan Lim Chi Wing 3-2 (5-11, 11-6, 9-11, 11-9, 11-8)