Sheer Master-class from Ampang Jaya BC
January 4, 2018Piala Tan Sri P. Alagendra: THT, Unikl, KLHC Dan TNB Thunderbolt Mara Ke Separuh Akhir
January 4, 2018KUALA LUMPUR (4 Januari 2018): Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya kendalian Ho Khek Mong mempamerkan aksi garang dengan membenam KB Serdang 15-1 dalam perlawanan keenam round robin di Sports Arena Sentosa tadi.
Kemenangan itu kini meletakkan KB Ampang Jaya berada dalam landasan yang tepat untuk mara ke peringkat kedua selaku enam pasukan di tangga teratas SS Purple League.
KB Ampang Jaya bermula baik dengan baik dengan mencatatkan kemenangan dalam acara perseorangan lelaki. Pemain kelab itu, Yan Runze mudah membenam cabaran pemain KB Serdang, Leong Jun Hao 3-0 (11-5, 11-9, 11-8).
Goh Jin Wei terus meletakkan KB Ampang Jaya 6-0 mendahului set mata keseluruhan apabila dia menang dalam acara perseorangan wanita selepas itu dengan mengecewakan pemain KB Serdang, Huang Qiong Hui 3-0 (11-5, 11-9, 11-3).
Dalam acara beregu lelaki selepas itu menyaksikan KB Ampang Jaya terus garang. Mereka yang diwakili Lukhi Apri Nugroho/ Muhd Syawal Ismail mudah mengatasi Ong Wei Khoon/ Tan Jinn Hwa juga dengan keputusan 3-0 (11-6, 11-6, 11-9) sekaligus menjarakkan pungutan set mata keseluruhan menjadi 9-0.
Dalam kategori beregu campuran pula menyaksikan Chan Peng Soon/ Nurul Farisha Malek berjaya meneruskan momentum kemenangan KB Ampang Jaya. Mereka berjaya menumpaskan Syazmil Idham/ Tan Sueh Jeou 3-0 (11-3, 11-5, 11-7) untuk melebarkan kedudukan set mata keseluruhan kepada 12-0.
Zulfadli Zulkiffli yang turun dalam satu lagi acara perseorangan lelaki memuktamadkan hari gemilang KB Ampang Jaya selepas dia menang 3-1 (11-7, 11-4, 7-11, 11-6) mengatasi Lee Zii Jia.
Pemain perseorangan wanita KB Ampang Jaya, Goh Jin Wei yang membantu pasukannya meraih kemenangan berkata, “Walaupun menang 3-0 ke atas lawan tadi tetapi bagi saya ianya bukanlah satu persembahan yang terbaik kerana pergerakan saya agak perlahan dalam perlawanan tadi. Di set kedua, saya juga hampir hilang fokus mujurlah berjaya bangkit menang.
“Saya rasa aksi saya dalam 4-5 perlawanan setakat ini untuk KB Ampang Jaya agak memuaskan juga tetapi harap dapat memperbaikinya lagi menjelang peringkat kedua Purple League nanti. Saya mengharapkan untuk terus memberikan sumbangan yang terbaik kepada kelab ini kerana apa-apa saja boleh berlaku dalam sistem 11 mata. Paling penting, kita akan berusaha untuk mencapai sasaran yang diletakkan oleh jurulatih, Ho Khek Mong.
Enam pasukan teratas akan layak ke peringkat kedua SS Purple League 2017/18 sebelum mereka beraksi dalam peringkat akhir kejohanan ini yang dijadualkan berlangsung di Arena Of Stars, Resorts World Genting pada 8-11 Februari nanti.
Keputusan SS Purple Saingan Round Robin (4/1/2018)
(4pm) KB Ampang Jaya kalahkan KB Serdang 15-1
MS2: Yan Runze kalahkan Leong Jun Hao 3-0 (11-5, 11-9, 11-8)
WS: Goh Jin Wei kalahkan Huang Qiong Hui 3-0 (11-5, 11-9, 11-3)
MD: Lukhi Apri Nugroho-Muhd Syawal Mohd Ismail kalahkan Ong Wei Khoon-Tan Jinn Hwa 3-0 (11-6, 11-6, 11-9)
XD: Chan Peng Soon-Nurul Farisha Abd Malek kalahkan Mohd Syazmil Idham-Tan Sueh Jeou 3-0 (11-3, 11-5, 11-7)
MS1: Zulfadli Zulkiffli kalahkan Lee Zii Jia 3-1 (11-7, 11-4, 7-11, 11-6)