
Fearless Romanian a worthy women’s champion while Team Persson keep hopes alive
December 9, 2017
A double victory for Boll as T2APAC completes highly successful debut season
December 10, 2017
ISKANDAR PUTERI (9 Disember 2017): Bernadette Szocs berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila muncul selaku juara sulung acara perseorangan wanita dalam saingan T2 Liga Pingpong Asia Pasifik (T2APAC) menumpaskan Feng Tian Wei di Studio Pinewood, semalam.
Pemain berasal Romania itu nyata mempersembahkan permainan yang menyakinkan biarpun dia tidak diletakkan sebagai pilihan utama T2APAC kategori tersebut. Di dalam perlawanan final itu, Bernadette menumpaskan lawannya 3-2 (9-11, 11-10, 11-9, 4-11, 5-3) untuk muncul juara.
Bernadette berkata, “Saya terlalu gembira kerana tidak percaya dengan kemenangan ini. Ia umpama satu mimpi, saya macam tidak percaya bahawa saya kini telah menjadi juara T2APAC. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur, jurulatih, pasukan dan semua peminat yang menyokong saya dalam T2APAC sehingga saya muncul juara,” ujarnya selepas perlawanan.
Dia membawa pulang trofi juara dan juga wang tunai berjumlah US$40,000 sementara naib juara perseorangan wanita pula menerima US$20,000.
Di penentuan tempat ke-3/4 perseorangan wanita menyaksikan Liu Fei berjaya memadam luka gagal ke perlawanan akhir dengan mengatasi Shi Xunyao 3-2 (11-8, 9-11, 11-9, 1-5, 11-8) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000.
Final acara berpasukan memperlihatkan pasukan Maze mempunyai sedikit kelebihan apabila mengatasi pasukan Persson dengan keputusan 10-7 dalam perlawanan semalam. Apapun, mereka masih perlu menunggu tiga lagi baki aksi pemain mereka untuk memuktamadkan kejuaraan pada Ahad ini.
Dalam perlawanan pertama, kedudukan terikat seri 2-2 (11-10, 11-10, 8-11, 7-8) apabila wakil pasukan Maze, Timo Boll dan wakil pasukan Persson, Jun Mizutani memberikan saingan sengit untuk masing-masing berkongsi mata.
Bagaimanapun Yang Haeun meletakkan pasukannya, Maze dengan kedudukan selesa selepas dia berjaya menang 4-1 (11-6, 11-4, 11-3, 11-10, 4-5) ke atas pemain Thailand yang bermain untuk pasukan Persson, Suthasini Sawettabut. Kemenangan itu meletakkan pasukan Maze mendahului di depan dengan 6-3.
Perlawanan ketiga kemudiannya menyaksikan pasukan Maze mengukuhkan lagi kedudukan keseluruhan menjadi 9-5 menerusi kemenangan Chen Chien-An. Pemain itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 (10-11, 8-11, 11-3, 11-9, 10-2) mengatasi Joo Sae Hyuk.
Aksi killzone selepas itu menyaksikan Timo Boll berjaya mengutip satu mata buat pasukan Maze apabila menang 5-2 ke atas Jun Mizutani. Namun, pasukan Persson kembali mendapatkan dua mata hasil kemenangan Suthasini Sawettabut ke atas Yang Haeun serta satu lagi menerusi Joo Sae Hyuk yang mengatasi Chen Chien- An 5-2.
Mengulas mengenai perlawanan akhir pertama itu, Ketua pasukan Maze, Michael Maze berharap pasukannya akan mempamerkan aksi menyakinkan dalam baki final pada Ahad ini.
Dia berkata, “Sebelum killzone kami agak selesa dengan mendahului dengan kelebihan empat mata sebelum lawan mencuri dua mata dalam killzone tadi (semalam). Pihak lawan (pasukan Persson) agak bertuah dalam perlawanan killzone untuk merapatkan kedudukan kepada 7-10. Apapun, inilah perlawanan akhir dan kami masih ada lagi perlawanan untuk diharungi untuk merebut kejuaraan. Saya harap pemain mampu lakukannya,” kata Maze selepas perlawanan.
Keputusan Semalam:
Perlawanan Akhir Berpasukan:
Pasukan Maze 10-7 Pasukan Persson (masih ada tiga baki perlawanan)
Acara Perseorangan Wanita:
Tempat ke- ¾ : Liu Fei 3-2 Shi Xunyao
Final: Bernadette Szocs 3-2 Feng Tian Wei
Jadual Ahad (esok):
Perlawanan Akhir Berpasukan
2.00PM- Pasukan Maze lwn Pasukan Persson (10-7)*
Perlawanan Akhir Perseorangan Lelaki:
4.30PM- Chuang Chih- Yuan lwn Jun Mizutani (tempat ke-3/4)
5.00PM- Timo Boll lwn Dimitrij Ovtcharov (Final)