T2APAC stars thrill aspiring young paddlers
April 3, 2017Hard work the only avenue to success
April 3, 2017KUALA LUMPUR (29 MAC 2017): Dua puluh lima pemain muda sukan ping pong berpotensi dari beberapa sekolah tempatan memperoleh pengalaman yang begitu berharga kerana berpeluang untuk bertemu, berkongsi ilmu, sesi sparring dengan beberapa pemain ping pong handalan dunia dalam satu majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur hari ini.
Pemain-pemain ternama termasuklah Paul Drinkhall (pemain No 39 Dunia), Cheng I- Ching (No 5 Dunia), Matilda Ekholm (No 20 Dunia) dan Georgina Pota (No 31 Dunia) melakukan sparring bagi merancakkan lagi suasana yang diaturkan oleh pengajur. Pemain cilik turut berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan dari pemain-pemain ternama dunia ini.
Semua 25 kanak-kanak berusia 12 tahun ini juga berpeluang untuk mempamerkan bakat mereka kepada empat pemain ternama di samping mempelajari teknikal permainan. Selain itu, kanak-kanak dibenarkan bertanya mengenai pengalaman pemain-pemain bintang ping pong melalui sesi soal jawab.
Acara ini dianjurkan oleh liga ping pong tersohor dunia – Liga T2 Ping Pong Asia Pasifik (T2APAC). Liga T2APAC dijadualkan memulakan aksi pertamanya pada Jun ini dan akan menampilkan nama-nama berkelas dunia seperti Timo Boll, Jun Mizutani, Vladimir Samsonov, Feng Tianwei, Drinkhall, Ekholm, Cheng, Pota dan banyak lagi.
Liga ini telah membuat persinggahan di Malaysia sebagai sebahagian daripada promosi dan persediaan pra-kejohanan. Di samping tiba di Kuala Lumpur untuk CSR, pemain diundang untuk melibatkan diri dalam promosi bertujuan untuk memperkenalkan profil atlet yang telah mendaftar untuk aksi sulung Liga T2APAC.
Acara ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dengan Setiausaha Agungnya, Chan Foong Keong turut hadir.
Bercakap bagi pihak TTAM, Chan berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada penganjur untuk menganjurkan acara sama atau klinik ping pong untuk masa depan sukan itu di negara ini.
“Bukan setiap hari yang kita mendapatkan pemain berprofil tinggi datang ke sini untuk mengambil bahagian dalam acara komuniti seperti ini. Oleh itu, apabila T2APAC datang meminta kami untuk mendapatkan sokongan dari segi promosi, saya mencadangkan untuk melibatkan masyarakat melalui program CSR supaya kami boleh meningkatkan profil ping pong di Malaysia. Kami berharap T2APAC akan kembali dalam masa terdekat untuk melakukan program yang sama supaya dapat membantu menyebarkan minat sukan ping pong di samping memberi inspirasi dan motivasi peminat ping pong cilik,” kata Chan.
Ketua Eksekutif dan Commissioner T2APAC, Jeff Chue, berjanji bahawa persinggahan di Malaysia bukan yang terakhir daripada mereka.
“Ia adalah baik untuk melihat pemain muda di sini hari ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti bersama beberapa pemain ping pong terbaik dunia. Ini membuktikan bahawa sukan ini mendapat momentum di Malaysia dan kami akan meneruskan usaha kami untuk menganjurkan acara serupa bagi meningkatkan lagi minat terhadap sukan ini,” kata Chue.
Para pemain turut gembira kerana kedua-dua pihak terlibat dalam sesi ping pong selama dua jam yang menarik dan juga berunsurkan mesej motivasi.
“Saya amat teruja untuk berada di Malaysia bukan sahaja untuk mempromosikan sukan yang saya benar-benar suka tetapi juga untuk mengambil bahagian dalam acara penuh bermakna ini. Ia adalah penting kita memainkan peranan sebagai atlet profesional untuk mendidik dan berkongsi pengalaman serta kemahiran kita dengan golongan muda kerana ia akhirnya akan memberi manfaat kepada sukan dan arena sukan tempatan,” kata Cheng I-Ching, pemain wanita nombor lima dunia ketika ini yang berasal dari Chinese Taipei.
Drinkhall, 27, menambah, “Saya tersentuh apabila melihat bagaimana generasi muda yang menghargai sukan pingpong sama seperti kami pemain sukan ini,” katanya.
Berkenaan Liga Profesional Asia-Pasifik ping pong T2:
Dengan ibu pejabat di Singapore serta pejabat-pejabat di Shanghai and Chicago, liga professional ping pong pan serantau yang pertama sekali telah dianjurkan untuk lebih meluaskan asas pengguna serta lebih melibatkan para penonton. Seumpanya, T2APAC akan memperkenalkan format terbaharunya dalam kategori lelaki, perempuan, dan kategori bercampur, iaitu sistem draft pemain (untuk kejohanan pasukan bercampur), dengan had masa 24 minit setiap perlawanan, berserta sistem permarkahan unik. Kesemua 228 perlawanan ini ada berlangsung di depan para penonton live, di arena yang direka khas sempena acara ini di T2Cavern.