KLHC and THT in TNB Cup final again!
February 24, 2017THT retain TNB Cup for fourth time
February 26, 2017Kuala Lumpur (25 Februari 2017): Terengganu Hockey Team (THT) akan turun pada perlawanan final Piala TNB esok dengan misi utama untuk mempertahankan piala berpestij itu yang dimenangi sejak 2014.
Selepas gagal untuk mempertahankan kejuaraan Liga Premier yang dirampas semula oleh Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), skuad bimbingan Sarjit Singh itu pasti tidak mahu Piala TNB terlepas juga ke tangan seteru utama mereka itu apabila kedua-dua pasukan berentap di pentas final esok.
Bagaimanapun pemain tengah Fitri Saari berkata, bertemu KLHC sememangnya satu tugas yang cukup sukar baginya serta rakan sepasukan lain.
“KLHC adalah sebuah pasukan yang bermain secara tersusun dan mementingkan semangat berpasukan.
“Jika kami mampu mempamerkan aksi sama seperti mereka, maka peluang untuk mempertahankan kejuaraan adalah lebih cerah.
“Yang penting ialah kami perlu memanfaatkan segala peluang untuk menjaringkan gol.
“Contohnya jika kami dihadiahkan lima pukulan sudut penalti, kami harus menyempurnakan sekurang-kurangnya dua daripada lima peluang itu,” katanya pada sidang media hari ini menjelang perlawanan esok.
Sementara itu, ketua jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri berkata, pertemuan dengan THT esok tiada bezanya dengan beberapa pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.
“Saya menjangkakan perlawanan yang cukup sengit. THT pasti akan mempamerkan persembahan terbaik mereka.
“Sebab mereka adalah juara bertahan dan misi utama untuk mempertahankan kejuaraan itu.
“Selaku jurulatih, saya menghormati lawan kerana mereka mempunyai barisan pemain kebangsaan, pemain yang beraksi di Sukan Olimpik dan Piala Dunia.
“Tapi kami juga mempunyai misi tersendiri dan hanya akan fokus kepada persiapan pasukan,” katanya.
Juara akan membawa wang tunai berjumlah RM100,000 sementara naib juara RM60,000.
Piala TNB
Final esok (26 Februari 2017)
KLHC lwn THT, 8.30 mlm
(Stadium Tun Razak)