Petaling Jaya Defied the Odds to Advance into SSPL Final
February 10, 2017Puchong United Storms into SSPL Final
February 10, 2017GENTING HIGHLANDS (10 Februari, 2017): Kelab Badminton (KB) Petaling Jaya berjaya mara ke perlawanan akhir SS Purple League (SSPL) setelah mengecewakan KB Bandar Utama Dragons dalam peringkat separuh akhir sebentar tadi di Arena Of Stars, Resorts World Genting.
Biarpun kedudukan mata keseluruhan terikat 12-12 namun kelebihan pungutan mata yang dimiliki KB Petaling Jaya membolehkan pasukan itu melangkah ke final SSPL bertemu KB Puchong United Ahad ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, KB Bandar Utama Dragons terlebih dahulu menang menerusi pemainnya, Wei Nan yang menumpaskan wakil KB Petaling Jaya, Dani Harsheel dengan keputusan 10-11, 11-8, 11-10, 10-11, 1-0 (3-2).
KB Bandar Utama Dragons terus selesa selepas itu apabila terus mencatatkan kemenangan dalam acara perseorangan wanita. Pemain mereka, Zhang Beiwen mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Deng Xuan juga dengan keputusan 11-7, 10-11, 11-5, 8-11, 11-6 (3-2).
Namun, pasangan beregu lelaki KB Petaling Jaya, Koo Kiet Keat/ Kim Sa Rang kembali meletakkan pasukannya di landasan untuk ke final. Mereka menang mudah 11-4, 11-9, 9-11, 11-7 (3-1) ke atas pasangan KB Bandar Utama Dragons, Mak Hee Chun/ Markis Kido.
Dalam beregu campuran, KB Petaling Jaya sekali lagi bangkit dalam perlawanan ini. Gandingan pasangan Lim Chiew Sin/ Chin Baek Cheol mengalahkan pasangan KB Bandar Utama Dragons 9-11, 11-9, 7-11, 11-6, 11-6 (3-2) untuk mereka kembali mendahului kutipan mata keseluruhan 10-9.
Perlawanan perseorangan lelaki terakhir yang menentukan siapa layak ke final berlangsung penuh menarik dengan kedua-dua pemain turun dengan misi wajib mencari mata maksimum untuk layak. Pemain KB Bandar Utama Dragons, Emil Holst berjaya menang tipis mengatasi pemain KB Petaling Jaya, Goh Giap Chin 9-11, 11-9, 7-11, 11-10, 10-9 (3-2) menjadikan kedudukan terikat seri.
Namun, keputusan itu masih belum cukup memandangkan kiraan mata lebih memihak KB Petaling Jaya sekaligus membawa pasukan itu ke final SSPL musim ini mengecewakan KB Bandar Utama Dragons yang terpaksa akur tersungkur dalam peringkat separuh akhir.
Pengurus KB Petaling Jaya, Manoj Kumar mengakui begitu lega selepas berjaya menang dalam perlawanan yang penuh mendebarkan ini. Dia berkata, “Bagi saya ianya adalah satu perlawanan separuh akhir yang cukup dramatik sehingga keputusan terpaksa ditentukan melalui kiraan mata.
“KB Puchong United yang akan kita temui di perlawanan akhir nanti sudah tentunya lawan yang sukar kerana mereka memiliki kekuatan yang hampir seimbang dalam semua acara,apapun kami akan berikan persembahan terbaik,” ujarnya selepas tamat perlawanan tadi.
Sebelum itu pada sebelah petang tadi, KB Puchong United terlebih dahulu mara ke perlawanan akhir SSPL musim ini setelah mudah mengatasi juara bertahan, KB Muar dengan keputusan 11-4.
Keputusan Penuh Separuh Akhir SSPL 2016/17 (10 Februari 2017)
(8pm) KB Petaling Jaya seri dengan KB Bandar Utama Dragons 12-12 (KB Petaling Jaya layak melalui kelebihan kutipan mata)
MS1: Dani Harsheel Alpesh kalah kepada Wei Nan 2-3 (11-10, 8-11, 10-11, 11-10, 0-1)
WS: Deng Xuan kalah kepada Zhang Beiwen 2-3 (7-11, 11-10, 5-11, 11-8, 6-11)
MD: Kim Sarang-Koo Kien Keat kalahkan Mak Hee Chun-Markis Kido 3-1 (11-4, 11-9, 9-11, 11-7)
XD: Lim Chiew Sien-Shin Baek Cheol kalahkan Chow Pak Chuu-Yap Zhen 3-2 (9-11, 11-9, 7-11, 11-6, 11-6)
MS2: Goh Giap Chin kalah kepada Emil Holst 2-3 (11-9, 9-11, 11-7, 10-11, 9-10)
(4pm) KB Muar kalah kepada KB Puchong United 4-11
MS1: Zulfadli Zulkiffli kalah kepada Chou Tien Chen 0-3 (4-11, 7-11, 8-11)
WS: Shen Ya Ying kalah kepada Tai Tzu Ying 0-3 (7-11, 8-11, 9-11)
MD: Lee Yong Dae-Mohd Arif Ab Latif kalahkan Lim Khim Wah-Tan Chee Tean 3-2 (11-10, 11-5, 7-11, 9-11, 8-7)
XD: Chan Peng Soon-Lee Hyo Jung kalah kepada Christinna Pedersen-Yoo Yeon Seong 1-3 (9-11, 9-11, 11-7, 4-11)