Tigress book spot in semi-finals
January 19, 2017KB Petaling Jaya Mahu Lakar Kejutan
January 20, 2017KUALA LUMPUR (19, Januari 2017): Pasukan hoki wanita negara gah menempatkan diri ke separuh akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua apabila mengatasi Thailand di Stadium Hoki Tun Razak sebentar tadi.
Kemenangan bergaya 3-0 pasukan negara itu menyaksikan mereka bakal membuat perhitungan dengan pasukan ranking ke-15 dunia, Itali di pentas separuh akhir Sabtu ini.
Pada suku pertama permainan, pasukan Malaysian Tigress cuba mendapatkan gol awal melalui beberapa gerakan ke arah pintu gol Thailand namun mereka gagal menemui jaringan.
Dalam suku kedua perlawanan, corak bertahan pasukan Thailand sekali lagi terus menyukarkan jentera serangan pasukan Malaysia. Walaupun pasukan negara berjaya mencipta beberapa peluang namun ianya gagal disudahkan sekaligus menamatkan permainan babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Di separuh masa kedua, Malaysia bermula dengan baik apabila memperoleh pukulan sudut penalti pada minit ke-34 namun ianya gagal disudahkan.
Seolah-olah mula mendapat rentak selepas itu, Malaysia terus menggandakan asakan dan hasilnya mereka memperoleh pukulan sudut penalti sekali lagi. Kali ini, peluang itu tidak disia-siakan pemain negara apabila kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani menolak kencang untuk Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke-38. Keputusan itu kekal sehingga suku ketiga perlawanan tamat.
Malaysia terus menyerang untuk memburu gol dalam suku terakhir permainan dan Norazlin Sumantri menolak masuk gol padang pada minit ke-56 sekaligus membolehkan pasukan negara selesa 2-0 di hadapan.
Seminit sebelum permainan tamat, Malaysia dihadiahkan pukulan penalti yang keenam dan peluang itu disudahkan dengan tolakan kencang Nuraini Abdul Rashid sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya Malaysian Tigress ke atas Thailand.
Tiga lagi pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia Wanita Pusingan Kedua adalah Ireland, Itali dan juga Wales.
Pada perlawanan sebelah tengah hari tadi, Ireland mudah membenam Singapura 10-0. Gol-gol Ireland dijaringkan oleh Naomi Carrol (7’ FG), Rebecca Barry (14’ PC), Anna Oflanagan (22’ FG, 43’ PC, 56’ FG), Roisin Upton (23’ PC, 25’ PC, 45’ PC), Nicola Daly (46’ FG), dan Katharyn Mullan (57’ FG).
Pasukan Itali pula mencatatkan kemenangan 7-0 mengatasi Hong Kong. Gol Itali dalam perlawanan itu diperoleh menerusi Valentina Broconi yang meledak hatrik menerusi penalti stroke pada minit ke- 2, gol padang pada minit ke- 11 dan satu lagi gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57. Empat lagi gol Itali masing-masing disumbangkan gol padang Francesca Bendinelli pada minit ke- 24, pukulan sudut penalty oleh Chiara Tiddi pada minit ke-25, gol padang melalui Dalila Mirabella pada minit ke-37 serta pukulan sudut penalti Eugenia Mastronardi pada minit ke-50 perlawanan.
Satu lagi perlawanan suku akhir menyaksikan Wales turut mara selepas menang tipis 2-1 menewaskan Kazakhstan. Dalam perlawanan yang berlangsung seimbang itu, Wales terlebih dahulu di depan apabila Joanne Westwood menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-19. Apapun, Kazakhstan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 juga melalui pukulan sudut penalti sebelum Leah Wilkinson menyumbat masuk pukulan sudut penalti lima minit sebelum perlawanan berakhir sekaligus mengesahkan tempat buat Wales di separuh akhir nanti.
Keputusan Penuh Suku Akhir:
Malaysia 3-0 Thailand
Ireland 10-0 Singapura
Italy 7-0 Hong Kong
Wales 2-1 Kazakhstan
Jadual Esok: (Perlawanan klasifikasi 5-8)
6.15 PM Hong Kong lwn Thailand
8.30 PM Kazakhstan lwn Singapura
Jadual Separuh Akhir (Sabtu 21/1/ 2017):
6.15 PM Ireland lwn Wales