
Timely Boost for Ampang Jaya BC
January 6, 2017
KLHC triumph over TNB in thriller
January 6, 2017
KUALA LUMPUR (6 Januari, 2017): Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya mencapai misi penting untuk menang dalam perlawanan kelapan mereka dalam saingan SS Purple League (SSPL) apabila turun berhadapan KB Kepong di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
KB Ampang Jaya menang 12-6 dan kini mengesahkan kedudukan enam terbaik untuk ke peringkat kalah mati. Sebelum perlawanan bermula, mereka berada di kedudukan keenam dengan 68 mata menarik nafas lega apabila mengatasi lawannya itu sekaligus berjaya mengelak daripada dipintas KB Kepong yang mengikut rapat di tangga ketujuh dengan 57 mata.
Dalam perseorangan lelaki pertama, KB Ampang Jaya dan KB Kepong masing-masing berkongsi pungutan mata. Cheam June Wei yang mewakili KB Ampang Jaya dan Lim Chi Wing yang mewakili KB Kepong bersaing sengit dan perlawanan berakhir dengan keputusan 9-11, 10-11, 11-9, 4-3 (2-2).
KB Kepong terlebih dahulu garang dalam perseorangan wanita. KB Kepong yang diwakili oleh pemainnya, Moe Araki dari Jepun menang ke atas pemain KB Ampang Jaya, Xu Wei 10-11, 11-8, 11-10, 10-8 (3-1).
Apapun, KB Ampang Jaya kembali bangkit dalam kategori beregu lelaki apabila pasangan mereka, Lukhi Nugroho/ Muhd Syawal berjaya menewaskan gandingan KB Kepong, Hendra Gunawan/ Razif Latif dengan keputusan 11-4, 11-7, 11-8 (3-0).
KB Ampang Jaya terus cemerlang dalam beregu campuran. Pemainnya, Ririn Amelia/ Terry Hee Yong Kai dengan mudah menang ke atas pasangan KB Kepong, Peck Yen Wei/ Tan Chee Tean 11-6, 11-7, 11-5 (3-0) dalam masa 30 minit.
Lee Cheuk Yiu melengkapkan misi kelabnya, KB Ampang Jaya apabila mengatasi lawannya, Thongnuam Pannawit 11-6, 11-8, 6-11, 11-9 (3-1) dalam satu lagi kategori perseorangan lelaki sekaligus meletakkan pasukannya dalam kedudukan selesa menuju perlawanan terakhir liga menentang KB Petaling nanti.
Ketua jurulatih KB Ampang Jaya, Ho Khek Mong nyata sangat lega dengan kemenangan yang membawa pasukannya kini berada dalam kelompok enam pasukan teratas liga. Dia berkata, “Saya berasa sangat puas hati dan lega dengan kemenangan penting ini kerana saya pasti kita kini sudah selesa untuk layak ke peringkat kalah mati selepas ini.
“Apapun, kita berharap akan menang berdepan KB Petaling yang khabarnya akan menurunkan Datuk Wira Lee Chong Wei dalam perlawanan terakhir disamping perlu menyediakan pasukan mantap untuk perlawanan kalah mati di Genting selepas ini,” kata Ho Khek Mong selepas tamat perlawanan tadi.
Enam pasukan yang berada di kedudukan enam teratas SSPL akan layak ke peringkat kalah mati selepas ini. Baki perlawanan SSPL sedang dilangsungkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras manakala peringkat kalah mati pula akan diadakan di Genting Highlands bermula 9 Februari hingga 12 Februari ini.
Keputusan SSPL 2016/17 (6 Januari 2017)
(4pm) KB Kepong kalah kepada KB Ampang Jaya 6-12
MS2: Lim Chi Wing seri dengan Cheam June Wei 2-2 (11-9, 11-10, 9-11, 3-4)
WS: Moe Araki kalahkan Xu Wei 3-1 (10-11, 11-8, 11-10, 10-8)
MD: Hendra Aprida Gunawan-Mohd Razif Ab Latif kalah kepada Lukhi Nugroho-Muhammad Syawal 0-3 (4-11, 7-11, 8-11)
XD: Peck Yen Wei-Tan Chee Tean kalah kepada Ririn Amelia-Terry Hee Yong Kai 0-3 (6-11, 7-11, 5-11)
MS1: Thongnuam Pannawit kalah kepada Lee Cheuk Yiu 1-3 (6-11, 8-11, 11-6, 9-11)