Muar BC Tops the Lot!
January 5, 2017First Draw of the SSPL 2016/17
January 5, 2017KUALA LUMPUR (5 Januari, 2017): Kelab Badminton (KB) Muar menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat mereka dalam pusingan kalah mati SS Purple (SSPL) musim ini selepas mengatasi KB Bangsar Hawks sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Cheras itu, KB Muar mengatasi KB Bangsar Hawks dengan keputusan 14-4. Mereka kini mengumpul 92 mata dan berada pada ranking teratas liga selepas mengharungi lapan perlawanan.
Walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan liga round robin, mengikut kiraan mata pasukan itu sudah pasti akan kekal dalam kelompok enam pasukan teratas SSPL walau apa jua keputusan yang berlaku dalam perlawanan terakhir nanti.
Wakil KB Muar dalam perseorangan lelaki pertama, Tan Chun Seang terlebih dahulu mencuri mata kemenangan buat pasukannya. Dalam tempoh masa 16 minit, pemain itu berjaya menewaskan wakil KB Bangsar Hawks, Chian Chin Yong dengan keputusan 11-3, 11-8, 11-2 (3-0).
Pemain import KB Muar dari Indonesia, Rusydina Antardayu terus selesa menghadiahkan mata kemenangan kepada pasukannya dalam perseorangan wanita. Dia berjaya menewaskan pemain KB Bangsar Hawks, Lee Ying Ying 11-4, 11-8, 11-7 (3-0).
Apapun, KB Bangsar Hawks berjaya bangkit dalam kategori beregu lelaki selepas gandingan Irfan Fadhilah/ Syazmil Idham menang ke atas pasangan KB Muar, Hoon Thien How/ Teo Kok Siang 11-8, 11-9, 7-11, 5-11, 6-3 (3-2) dalam pertarungan 30 minit.
Pasangan Chan Peng Soon/ Lee Hyo Jung terus meletakkan KB Muar cemerlang dalam kategori beregu campuran. Mereka menang 10-11, 11-6, 11-9, 11-4 (3-1) menewaskan Joyce Choong/ Pei Tian Yi dari KB Bangsar Hawks.
Lee Hyun Il melengkapkan kemaraan pasukan KB Muar dalam kategori perseorangan lelaki terakhir selepas dia menumpaskan wakil KB Bangsar Hawks, Thomi Azizan Mahbub dengan kiraan 11-3, 11-3, 11-4 (3-0).
Ketua jurulatih KB Muar, Nova Armada nyata lega tetapi tetap mahu anak buahnya menang dalam perlawanan terkahir liga selepas ini. Dia berkata, “Perlawanan hari ini memang kita sasarkan untuk mengumpul 13 atau 14 mata dan ia sudah tercapai. Jadi kita sudah layak ke peringkat kalah mati di Genting Highlands nanti.
“Walau apapun, dalam baki satu perlawanan terakhir menentang KB Puchong United, kami tetap akan menurunkan barisan pemain terbaik kerana kita mahu mencapai sasaran berada dalam dua kedudukan teratas liga,” kata bekas pemain Indonesia itu.
Enam pasukan yang berada di kedudukan enam teratas SSPL akan layak ke peringkat kalah mati selepas ini. Baki perlawanan SSPL sedang dilangsungkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras manakala peringkat kalah mati pula akan diadakan di Genting Highlands bermula 9 Februari hingga 12 Februari ini.
Keputusan SSPL 2016/17 (5 Januari 2017)
(4pm) KB Bangsar Hawks kalah kepada KB Muar 4-14
MS2: Chian Chin Yong kalah kepada Tan Chun Seang 0-3 (3-11, 8-11, 2-11)
WS: Lee Ying Ying kalah kepada Rusydina Antardayu 0-3 (4-11, 8-11, 7-11)
MD: Irfan Fadhilah-Mohamad Syazmil Idham kalahkan Hoon Thien How-Teo Kok Siang 3-2 (11-8, 11-9, 7-11, 5-11, 6-3)
XD: Joyce Choong-Pei Tian Yi kalah kepada Chan Peng Soon-Lee Hyo Jung 1-3 (11-10, 6-11, 9-11, 4-11)
MS1: Thomi Azizan Mahbub kalah kepada Lee Hyun Il 0-3 (3-11, 3-11, 4-11)