Good End to the Year for Kepong BC
December 31, 2016Star-studded Muar BC Made Lightweight of Klang City BC
January 2, 2017KUALA LUMPUR (31 Disember, 2016): Kelab Badminton (KB) Kepong yang begitu dahagakan kemenangan apabila sekadar menghuni tangga ketujuh SS Purple League (SSPL) sebelum perlawanan bermula akhirnya berjaya menemui hadiah tahun baru mereka.
Turun penuh bersemangat bertemu KB Bandar Utama yang tidak pernah tewas sebelum ini, KB Kepong menjadikan kelab itu sebagai mangsa mereka apabila menang 10-7 sekaligus memadam rekod kemenangan bersih yang dipegang dalam SSPL musim ini.
Dalam kategori perseorangan lelaki pertama, pasukan KB Bandar Utama Dragons dan KB Kepong terikat seri 2-2 selepas berakhir 30 minit perlawanan. Lim Chi Wing yang mewakili KB Kepong menghabiskan perlawanan dengan keputusan 11-9,10-11,11-9, 2-3 bertemu Goh Soon Huat.
KB Kepong berjaya mengutip mata kemenangan dalam kategori perseorangan wanita apabila pemainnya, Ongbamrunphan Busanan menang mengatasi wakil KB Bandar Utama Dragons, Yip Pui Yin 11-4, 11-4, 11-3 (3-0).
Dalam beregu lelaki, gandingan pemain Denmark, Rasmussen Anders/ Tan Chee Tean terus menceriakan kem KB Kepong. Pasangan itu menang mudah 11-8,11-3,11-10 (3-0) mengatasi beregu KB Bandar Utama Dragons, Mak Hee Chun/ Tam Chun Hei.
KB Bandar Utama Dragons bagaimanapun merapatkan kedudukan mata dalam kategori beregu campuran apabila gandingan Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng menewaskan Chayanit Chaladchalam/ Mohd Razif Latif dengan keputusan 11-5, 11-6, 11-6 (3-0).
Kategori perseorangan lelaki terakhir Thongnuam Pannawit yang bermain untuk KB Kepong seri dengan pemain KB Bandar Utama Dragons, Wei Nan 5-11, 11-10, 11-7, 2-3 (2-2). Apapun, keputusan itu tidak memberi kesan kepada pungutan mata kemenangan KB Kepong malam ini.
Jurulatih KB Kepong, Mohd Zakry Abdul Latif menganggap kemenangan ini adalah penutup terbaik pasukannya dalam SSPL sebelum tahun baru. Katanya, “Satu keputusan yang mengejutkan apabila menang ke atas KB Bandar Utama Dragons yang tak pernah tewas sebelum ini, saya puji semangat pemain yang tak mengaku kalah, ini adalah hadiah terbaik untuk malam akhir tahun 2016.
“Apapun kita tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran melainkan layak menduduki tempat enam teratas SSPL terlebih dahulu untuk ke Genting Highlands kerana permulaan yang agak perlahan pada awal musim ini. Saya harap pemain-pemain baru yang akan tiba selepas ini akan menguatkan lagi pasukan KB Kepong dalam baki perlawanan,” ujar Zakry.
Sebelum itu pada tengah hari tadi, KB Puchong United melonjak ke kedudukan teratas SSPL selepas mengatasi KB Bangsar Hawks 13-5. Di sebelah petang pula, satu lagi perlawanan sengit memihak kepada KB Ampang Jaya dengan kemenangan 11-9 ke atas KB Serdang.
Saingan peringkat liga round robin SSPL berakhir di Gem In Mall pada hari ini dan akan bersambung di
Stadium Badminton Cheras pada 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan SSPL 2016/17 (31 Disember 2016)
(8pm) KB BU Dragons BC kalah kepada KB Kepong 7-10
MS2: Goh Soon Huat seri dengan Lim Chi Wing 2-2 (9-11, 11-10, 9-11, 3-2)
WS: Yip Pui Yin kalah kepada Ongbamrungphan Busanan 0-3 (4-11, 4-11, 3-11)
MD: Mak Hee Chun-Tam Chun Hei kalah kepada Rasmussen Anders-Tan Chee Tean 0-3 (8-11, 3-11, 10-11)
XD: Lai Pei Jing-Tan Kian Meng kalahkan Chayanit Chaladchalam-Mohd Razif Ab Latif 3-0 (11-5, 11-6, 11-6)
MS1: Wei Nan seri dengan Thongnuam Pannawit 2-2 (11-5, 10-11, 7-11, 3-2)
(4pm) KB Serdang vs KB Ampang Jaya 11-9
MS2: Xu Yiming kalahkan Cheam June Wei 3-1 (11-10, 8-11, 11-4, 5-4)
WS: Shen Yabing kalah kepada Ho Yen Mei 0-3 (10-11, 10-11, 10-11)
MD: Ong Wei Khoon-Ou Xuanyi seri dengan Kim Astrup-Phutthaporn 2-2 (11-8, 10-11, 2-11, 11-10)
XD: Lee Chun Hei-Lim Jee Lynn kalahkan Tan Wei Han-Terry Hee Yong Kai 3-2 (11-9, 2-11, 11-7, 5-11, 9-8)
MS1: Lee Zii Jia kalah kepada Lee Cheuk Yiu (6-11, 9-11, 11-9, 9-11)
(12pm) KB Bangsar Hawks kalah kepada KB Puchong United 5-13
MS2: Wan Chia Hsin kalah kepada Chong Wei Feng 1-3 (11-6, 7-11, 4-11, 4-11)
WS: Lee Ying Ying kalahkan Sayaka Takahashi 3-1 (11-7, 11-7, 7-11, 6-4)
MD: Irfan Fadhilah-Muhammad Amzzar kalah kepada Lee Jhe Huei-Lee Yang 0-3 (6-11, 5-11, 8-11)
XD: Joyce Choong-Zhou Bowei kalah kepada Goh Liu Ying-Lim Khim Wah 1-3 (10-11, 6-11, 11-7, 10-11)
MS1: Chang Lip Seng kalah kepada Wang Tzu Wei 0-3 (5-11, 8-11, 8-11)