KLHC rebah, Sapura kembali tangga teratas liga
September 10, 2016Impian besar TNB
September 11, 2016Kuala Lumpur (11 September 2016): Aksi lebih meyakinkan sepanjang musim ini menyaksikan Sapura dilihat pasukan pilihan untuk memenangi Piala Tan Sri P. Alagendara apabila bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi final, Selasa ini.
Dengan barisan pemain bintang seperti penyerang Muhammad Firhan Ashari, Faiz Helmi Jali dan Muhammad Marhan Jalil yang juga tonggak utama skuad kebangsaan, Sapura sememangnya pasukan lebih baik berbanding TNB.
Mereka dibantu dengan beberapa tonggak import yang setakat ini tidak mengecewakan seperti Oscar William Wookey dan Phillip Ros Burrows.
Apatah lagi dengan rekod dua kemenangan ke atas TNB pada saingan Liga Premier, kelebihan jelas memihak kepada Sapura.
Namun ketua jurulatih Yahya Atan berkata, beliau turut mengharapkan aksi lebih cemerlang barisan pemain muda yang dilihat cukup berpotensi besar.
“Saya sangat gembira dengan prestsi barisan pemain muda terutama pada saingan liga.
“Kami memberi peluang kepada mereka untuk bermain dan mereka membalasnya dengan aksi terbaik.
“Pemain seperti Muhammad Azrul (Hasbullah) dan Muhammad Haziq Fawwaz (Ramli) adalah antara pemain muda yang mempamer aksi cemerlang setakat ini.
“Bagi saya, mereka sangat bekerja keras apabila beraksi di atas padang dan harap aksi cemerlang itu diteruskan pada perlawanan final bertemu TNB nanti,” katanya.
Dengan tempoh rehat selama dua hari sebelum aksi final, Yahya berharap barisan pemainnya dapat melakukan persiapan dengan baik.
“Bagi saya, aksi final nanti adalah satu perlawanan yang berbeza berbanding saingan liga.
“Setiap pasukan yang beraksi di final pastinya mahukan kemenangan, begitu juga dengan kami,” katanya.
Piala Tan Sri P. Alagendra
Final (13 September 2016)
Sapura lwn TNB, 8 mlm
(Stadium Tun Razak)