
Sapura kekal tangga teratas, KLHC terus mengejar
September 4, 2016
Kejutan TNB
September 6, 2016
Kuala Lumpur (5 September 2016): Di atas kertas, keputusan perlawanan membabitkan Sapura dan Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI) pada aksi separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra esok seperti sudah boleh diramal iaitu Sapura bakal keluar selaku pemenang.
Namun ketua jurulatih Sapura, Yahya Atan tidak mahu terlalu berasa terlalu yakin, sebaliknya menuntut barisan pemainnya untuk mengharungi perlawanan esok dengan memberikan komitmen 100 peratus.
Pertemuan antara kedua-dua pasukan umpama ‘berat sebelah’ apabila Sapura yang kini mengungguli Liga Premier bakal bertemu SSTMI yang beraksi dalam Divisyen Satu.
“Memang di atas kertas, semua pihak akan memperkatakan kami mampu mencatat kemenangan mudah.
“Tapi saya tidak berpandangan seperti itu, sebaliknya mahu komitmen dan aksi yang lebih agresif daripada setiap pemain pada perlawanan esok.
“Sudah tentu kami mahu mara ke final dan atas faktor itu, kami perlu bekerja lebih keras,” katanya.
Jelas Yahya, meskipun SSTMI beraksi di dalam Divisyen Satu, namun kualiti permainan mereka sebenarnya tidak jauh berbeza dengan pasukan dari Liga Premier.
“Mereka dibarisi ramai pemain muda yang mempunyai semangat melawan tinggi”.
“Saya percaya mereka akan memberi saingan sengit kepada kami dan barisan pemain saya juga tidak boleh melakukan kesilapan mudah terutamanya di barisan pertahanan.
Satu lagi perlawanan menyaksikan pertembungan antara Terengganu Hockey Team (THT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Piala Tan Sri P Alagendra
Separuh akhir
Esok (6 September 2016)
SSTMI lwn Sapura, 6 ptg
(Stadium SSTMI)
TNB lwn THT, 6 ptg
(Stadium Hoki Pantai)