Luck of draw pits Sapura against SSTMI in semis
September 2, 2016Sapura, KLHC stay in top flight
September 2, 2016Kuala Lumpur (2 September 2016): Sapura terus mempamer rentak konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia, hari ini.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Yahya Atan meraih kemenangan keempat daripada lima perlawanan.
Yahya nyata gembira dengan kemenangan itu dan berharap barisan pemainnya dapat meneruskan rentak kemenangan selepas ini.
“Kemenangan ini sangat bagus kerana ia memberi keyakinan kepada barisan pemain untuk bertemu lawan sama pada perlawanan seterusnya Ahad ini.
“Walaupun di hujung permainan barisan pemain saya nampak tertekan kerana lawan mahu mencari gol, mereka tetap tenang mengawal situasi itu.
“Apapun, kemenangan ini amat bagus untuk meningkatkan keyakinan barisan pemain.
“Harap barisan pemain saya dapat terus mempamerkan aksi lebih baik dan konsisten pada pusingan kedua liga bermula Ahad ini,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Sapura di depan pada minit ke-12 selepas Dangerous Lee menjaringkan gol padang.
Minit ke-19 menyaksikan Sapura mendahului TNB 2-0 selepas Muhammad Azrul Hasbullah berjaya mencari ruang untuk menjaringkan gol padang.
Usaha TNB untuk merapatkan jurang membuahkan hasil apabila Arif Sabron menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-42 tetapi usaha skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim untuk mencari gol penyamaan tidak berhasil.
Sementara itu di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu Hockey Team (THT) tidak berdepan masalah untuk menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-1.
Liga Premier
Keputusan hari ini
THT 3 UniKL 1
Sapura 2 TNB 1
KLHC 4 Maybank 1