
THT show KLHC the door; Syed takes TNB into semis
August 30, 2016
Luck of draw pits Sapura against SSTMI in semis
September 2, 2016
Kuala Lumpur (30 Ogos 2016): Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terpaksa melupakan hasrat untuk menjulang Piala Tan Sri P Alagendra selepas tewas 2-3 kepada Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi suku akhir di Stadium Hoki Batu Buruk hari ini.
Aksi kedua-dua pasukan berlangsung sengit dengan THT di depan terlebih dahulu menerusi jaringan padang tonggak import Kim Junghoo minit ke-15 sebelum pemain tengah Fitri Saari menjadikan kedudukan 2-0 selepas menyempurnakan pukulan penalti minit ke-26.

UniKL’s Patrick Neil Schultz (right) in action against TNB during their TNBMHL 2016 Tan Sri P. Alagendra Cup quarter final match at the Kuala Lumpur Hockey Stadium today. TNB won 3-2.
Ketinggalan dua gol menyaksikan KLHC menggandakan asakan dan akhirnya mereka berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Nam Hyunwoo pada minit ke-39 menerusi pukulan sudut penalti.
Muhammad Umar Bhutta meletakkan THT dalam situasi tertekan apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang minit ke-41.
Jang Jonghyun muncul wira THT apabila tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56.
“Kemenangan ini diharap memberi motivasi tambahan kepada pemain untuk menghadapi saingan liga pula.
“Secara keseluruhan, barisan pemain mempamerkan aksi melawan yang baik,” kata ketua jurulatih THT, Sarjit Singh.
Sementara itu di Stadium Hoki Pantai, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2. Syed Mohamad Syafiq meletakkan TNB di depan pada minit ketiga.
Permainan hanya rancak pada suku terakhir selepas Abdul Khaliq Hamirin menyamakan kedudukan untuk UniKL minit ke-51 Nik Mohammad Aiman meletakkan TNB di depan sekali lagi minit ke-53 sebelum Muhammad Najmi Farizal Jazlan kembali menyamakan kedudukan dua minit selepas itu.
Syed Mohamad Syafiq muncul wira dengan menjaringkan gol ketiga minit ke-57 menerusi pukulan sudut penalti.
“Selepas mendahului dua kali, saya lihat pemain sering membenarkan lawan untuk menyamakan kedudukan.
“Kesilapan ini perlu diperbetulkan supaya kita tidak dihukum pada perlawanan selepas ini,” kata ketua jurulatih TNB Muhamad Amin Rahim.
Piala Tan Sri P Alagendra
Suku akhir
Politeknik Malaysia 1 SSTMI 1
(SSTMI menang penentuan penalti 3-0)
THT 3 KLHC 2
ATM Airod 0 Sapura 7
UniKL 2 TNB 3