Big guns KLHC, THT settle for draws
August 26, 2016KLHC, THT terus bergelut
August 28, 2016Kuala Lumpur (27 Ogos 2016): Ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhamad Amin Rahim berharap barisan pemainnya dapat meneruskan rentak konsisten apabila bertemu satu lagi pasukan gergasi, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada saingan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia, esok.
Harapan Amin itu selepas melihat barisan pemainnya yang rata-rata masih muda mempamer semangat juang tinggi selepas berjaya memberi saingan kepada juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT) dengan keputusan 4-4.
Meskipun ia sekadar satu mata, Amin tetap gembira dengan keputusan itu, mengambil kira barisan pemain THT yang rata-ratanya dibarisi pemain kebangsaan dan tonggak import berkualiti.
“Memang saya berharap barisan pemain dapat mengekalkan momentum dan keyakinan tinggi ini untuk berdepan satu lagi perlawanan sukan.
“Seperti biasa, kami akan meneliti corak permainan lawan menerusi ulang tayang video.
“Yang pasti, kami akan mencatur satu strategi lain apabila menentang KLHC nanti kerana mereka juga pastinya mahu meraih tiga mata daripada perlawanan itu,” katanya.
KLHC sememenangnya terdesak untuk meraih tiga mata penuh selepas sekadar seri 1-1 ketika bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada perlawanan ketiga.
Bagi ketua jurulatih UniKL Arul Selvaraj, beliau juga mahu anak buahnya meneruskan rentak permainan konsisten.
UniKL sudah mengecewakan Maybank pada aksi kalah mati untuk merebut Piala Tan Sri P Alagendra minggu lalu dengan keputusan 1-0.
“Walaupun kami berjaya menewaskan Maybank minggu lalu, saya jangkakan cabaran kali ini lebih berbeza.
“Kami perlu memanfaatkan segala peluang sebaik-baiknya,” katanya.
Liga Premier
Esok (28 Ogos 2016)
KLHC lwn TNB, 6 ptg
(Stadium Hoki Pantai)
Sapura lwn THT, 8 mlm
(Stadium Tun Razak)
UniKL lwn Maybank, 8 mlm
(Stadium Hok Pantai)