TNB go on rampage; UniKL shows Maybank exit
August 23, 2016Make or break for THT and KLHC in quarterfinals
August 24, 2016Kuala Lumpur (24 Ogos 2016): Dua kelab gergasi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Terengganu Hockey Team (THT) bakal membuat perhitungan lebih awal pada saingan untuk merebut Piala Tan Sri P Alagendara apabila kedua-duanya bertemu di suku akhir, Selasa depan.
Menerusi undian yang berlangsung hari ini, selain KLHC-THT, satu lagi perlawanan suku akhir membabitkan dua pasukan Liga Premier adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Bagi ketua jurulatih THT Sarjit Singh, mereka nyata kurang bernasib baik apabila terpaksa bertemu KLHC yang juga musuh tradisi lebih awal.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan adalah finalis tahun lalu dengan THT muncul pemenang tetapi menerusi pertembungan terakhir, KLHC mencatat kemenangan 2-1 sekali gus berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih.
“KLHC adalah sebuah pasukan yang kuat, tetapi pada perlawanan terakhir kami tewas kepada mereka.
“Apapun, jika hendak memenangi piala, kami perlu berdepan dengan semua halangan.
“Harap pada perlawanan seterusnya nanti kami dapat meraih keputusan lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian suku akhir.
Sementara itu, pengurus KLHC Ahmad Anuar Sham Kamar turut menghormati THT apabila menjangkakan perlawanan suku akhir Selasa depan pasti sengit.
“Mana-mana pasukan pun mahu mengelak bertemu THT lebih awal. Begitu juga kami, kalau boleh mahu bertemu mereka di final.
“Tapi apabila terpaksa bertemu mereka di suku akhir, ia pasti sukar.
“Kami berharap dapat meraih kemenangan,” katanya.
Piala Tan Sri P Alagendra
Suku akhir
30 Ogos 2016
Politeknik lwn SSTMI, 6ptg
Stadium Taman Daya
THT lwn KLHC, 5.30 ptg
Stadium Hoki Batu Buruk
ATM Airod lwn Sapura, 6 ptg
Stadium Tun Razak
UniKL lwn TNB, 6 ptg
Stadium Hoki Pantai