Dania Sofea dan Ariffin Nazri melangkah dengan bergaya ke peringkat akhir

By January 7, 2023 January 10th, 2023 Newsroom

Peminat suka badminton tempatan bakal disajikan aksi menarik menjelang hari terakhir kejohanan

PONTIAN (7 Januari): Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke-11 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pilihan utama kejohanan Ariffin Nazri Zakaria berjaya menepati ramalan ke pentas akhir apabila menewaskan lawannya Amirul Imran pada perlawanan separuh akhir petang tadi.Ariffin berdepan tentangan sengit dari pemain pilihan ketiga kejohanan, Amirul Imran. Namun, beliau berjaya menafikan kemaraan Amirul hasil kemenangan (2-0), 21-15, 21-15 dalam tempoh 45 minit dalam aksi separuh akhir petang tadi yang berlangsung di DBC Sport Arena, Pontian.

Ariffin berdepan tentangan sengit dari pemain pilihan ketiga kejohanan, Amirul Imran. Namun, beliau berjaya menafikan kemaraan Amirul hasil kemenangan (2-0), 21-15, 21-15 dalam tempoh 45 minit.

Ariffin yang berusia 19 tahun, sebelum ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol. Beliau akan membuat perhitungan dengan Wee Yee Tern yang merupakan pilihan kesembilan kejohanan pada perlawanan akhir esok.

Bagi Ariffin, perlawanan menentang Yee Yern akan menjanjikan pertarungan yang sengit dalam misi beliau untuk menjuarai Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023.

“Saya amat gembira dengan taktikal permainan yang ditunjukkan ketika bertemu Amirul, sudah tentu jurulatih saya telah memberikan nasihat dan pandangan untuk meningkatkan permainan saya, saya berbangga kerana dapat mara ke peringkat akhir.”

Amirul Imran ketika beraksi di peringkat separuh akhir menentang Ariffin Nazri dalam acara Perseorangan Lelaki Bawah 21 tahun

Ketika ditanya mengenai persiapan menentang Yee Hern beliau berkata, “Yee Hern bukan seorang pemain yang asing bagi saya, sudah tentu saya mempunyai pengalaman untuk menentang beliau pada peringkat akhir esok.”

Untuk rekod, Ariffin bakal bergandingan dengan abangnya, Ashraf Daniel di dalam acara beregu lelaki bawah 21 tahun, dan merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Dalam pada itu, pemain cilik Dania Sofea turut melangkah ke peringkat akhir dalam perseorangan perempuan bawah-16 tahun mengalahkan Ng Jing Yee dalam aksi separuh akhir.

Dania merekodkan kemenangan selesa (2-0) 21-3,21-8 dalam masa 18 minit untuk membuat perhitungan dengan Lai Eyun di pentas akhir esok.

Bagi Dania, kejohanan ini memberi peluang buatnya untuk meraih pengalaman berharga serta dapat membantu meningkatkan tahap permainannya.

Tanisha Nair, pilihan pertama kejohanan berjaya mengatasi Kung Lee Ya, (2-0) 21-12, 21-11 ketika beraksi di peringkat separuh akhir dalam acara Perseorangan Perempuan Bawah 12 tahun

Setelah cemerlang ketika mewakili kebangsaan pada Kejohanan Remaja Asia 2022 di Bangkok berkata “Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan didikan dalam usaha saya untuk berjaya dalam sukan badminton.

“Sudah tentu saya mengimpikan untuk mempertahankan kejuaraan saya di kejohanan sebagai hadiah buat mereka.”

Dania juga menghargai usaha yang dilakukan oleh Persatuan Badminton Johor kerana mengacarakan kejohanan yang memberi peluang kepada pemain muda untuk bersaing secara kompetitif.