Ariffin Nazri tepati ramalan mara ke suku akhir

By January 6, 2023 Newsroom

PONTIAN (6 Januari): Hari kedua Kejohanan Badminton Johor Tertutup 2023 menyajikan beberapa aksi mendebarkan dari para peserta yang meneruskan saingan mereka pada hari ini. Saingan di DBC Sport Arena menyaksikan pemain pilihan utama kejohanan, Ariffin Nazri Md Zakaria, mendominasi gelanggang dengan mengalahkan Wee Yee Hern, 21-17,21-17 dalam kategori Perseorangan Lelaki B21 bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Ariffin Nazri Md Zakaria, mendominasi gelanggang dengan mengalahkan Wee Yee Hern, 21-17,21-17 dalam kategori Perseorangan Lelaki B21 bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Pada permulaan saingan, Ariffin Nazri menampilkan permainan yang bertenaga apabila mendahului, 8-2. Namun, Yee Hern berhempas pulas dalam permainannya untuk menyekat kemaraan Ariffin apabila berjaya mendahului, 9-16.

Saingan kembali rancak apabila Ariffin Nazri mempamerkan kematangan beliau di dalam permainan apabila mudah mengatasi Yee Hern di set pertama, 21-17. Yee Hern bagaimanapun tidak mudah berputus asa namun terpaksa akur dengan kehebatan lawannya apabila tewas di set kedua, 21-17.

Vishal Uthayasangar dalam aksi Beregu Lelaki B14, menentang Lee Kah Ying โ€“ Adam Aiman.

Ariffin Nazri ketika ditemubual berkata “Saya berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan namun ada beberapa aspek dalam permainan yang harus diperbaiki untuk meneruskan misi dalam kejohanan ini.”

Apabila ditanya mengenai pencabar utama dalam saingan kali ini, beliau menamakan Azuan Amirul Imran sebagai pencabar utama dalam kejohanan ini.

Nazeef Syahmi dalam aksi Beregu Lelaki B21, menentang Hau Zhong Yu – Sheu Sheng Kai.

Baru-baru ini, Ariffin Nazri yang menamatkan saingan di Pusingan 64 dalam Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol juga menyatakan penghargaan beliau kepada Persatuan Badminton Johor, “Saya berterima kasih kepada JBA di atas penganjuran kejohanan yang memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili kebangsaan dan bersaing di peringkat negeri secara kompetitif.”

Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke -11 akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari dengan lebih 600 peserta menghangatkan saingan di DBC Sport Arena, Pontian. Johor.