Itali kekal rentak cemerlang, Wales raih kemenangan pertama

By January 15, 2017 February 1st, 2017 Newsroom

Kuala Lumpur (15 Januari 2017): Perlawanan kedua Kumpulan A, Liga Hoki Dunia Wanita Pusingan Kedua di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur menyajikan satu perlawanan yang cukup menarik apabila Itali dan Wales berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan lawan masing-masing.

Seakan mahu menebus kekalahan kepada Itali (0-3) pada perlawanan pertama Kumpulan A, Wales membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Natasha Marke-Jones dan jaringan tersebut nyata menjadi suntikan semangat buat Wales apabila seminit sebelum tamat suku pertama giliran Lisa Daley untuk memastikan mereka terus berada di hadapan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan yang terhasil di suku kedua sekaligus menyaksikan perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0.

Bersambung suku ketiga, Wales terus memastikan tiada ruang buat Singapura untuk mengejar mereka apabila Lisa sekali lagi menjaringkan gol pada pada minit ke-31 dan Phoebe Richards, terus memastikan Wales berada di hadapan dengan gol keempat pada minit ke-45.

Memasuki suku keempat Wales terus memberikan tekanan kepada Singapura apabila tiga lagi jaringan berjaya dihasilkan. Kapten pasukan, Abi Welsford, mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-54 dan berselang empat minit kemudian, Phoebe terus mahu menjadikan malam yang cukup mengembirakan buat kem Wales menerusi jaringan keenam.

Seminit sebelum tamat perlawanan, Wales dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti. Sarah Jones tidak mempersiakan kelebihan yang dimiliki oleh mereka dengan menjaringkan gol ketujuh, sekaligus menutup perlawanan dengan kegembiraan.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung jam 8.30 malam, Itali yang bermula gah pada perlawanan pertama ketika menewaskan Wales (3-0) membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi gol padang Jasbeer Singh.

Tiga minit sebelum tamat suku kedua, Marcela Casela terus meletakkan pasukan Itali di hadapan dan menutup perlawanan pada separuh masa pertama, 2-0.

Empat minit selepas suku ketiga bersambung, Valentina Braconi berjaya merubah kedudukan menjadi 3-0 buat Itali.

Nyata gol ketiga Itali meletakkan Thailand dalam keadaan tertakan dan situasi tersebut jelas kelihatan apabila beberapa minit selepas jaringan ketiga tersebut, Thailand memiliki dua pukulan sudut penalti berturut-turut namun gagal untuk menyudahkannya dengan sempurna.

Itali yang jelas tidak berpuas hati dengan tiga gol yang dihasilkan menambah satu lagi jaringan pada suku ketiga, kali ini menerusi Maria Garraffo pada minit ke-40.

Sembilan minit sebelum masa perlawanan berakhir, Agata Wybieralska menyempurnakan pukulan sudut penalti dan kedudukan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kedudukan dalam Kumpulan A menyaksiakn Itali berada di puncak dengan enam mata diikuti Wales dan Thailand yang berkongsi tiga mata namum dibezakan dengan jumlah jaringan dan Singapura berada di kedudukan tercorot, gagal untuk mengutip sebarang mata.