SSPL 2016/17: KB Muar Selangkah Ke Genting Highlands

By January 3, 2017 January 4th, 2017 Newsroom

KUALA LUMPUR (3 Januari, 2017): Berbaki hanya dua lagi perlawanan peringkat round robin SS Purple League (SSPL) musim ini, Kelab Badminton (KB) Muar kini boleh menarik nafas lega apabila kedudukan mereka semakin kukuh dengan mengumpul 78 mata sekaligus kini berpeluang cerah ke peringkat kalah mati.

Bertemu KB Petaling Jaya, pasukan KB Muar berjaya membenam kelab itu dengan keputusan 13-5 sebentar tadi di Cheras.

Dalam kategori perseorangan lelaki menyaksikan KB Muar berjaya mencatatkan kemenangan awal. Mereka yang diwakili Zulfadli Zulkifli berjaya menumpaskan KB Petaling Jaya yang diwakili Goh Giap Chin dengan keputusan 11-9, 11-6, 11-6 (3-0).

Pemain dari Jepun, Saena Kawakami terus mengukuhkan lagi pasukan KB Muar selepas itu apabila dia menang 11-9, 11-7, 10-11, 4-3 (3-1) dalam kategori perseorangan wanita. Dia menang mengatasi pemain KB Petaling Jaya dari Thailand, Sarita Suwannakitborihan.

Selepas itu, giliran gandingan Teo Ee Yi/ Teo Kok Siang pula menghadiahkan mata buat KB Muar. Berdepan gandingan KB Petaling Jaya, Koo Kien Kiet/ Or Chin Chung, mereka menang 11-10, 8-11, 11-6, 11-6 (3-1).

Dalam beregu campuran selepas itu, KB Petaling Jaya berjaya merapatkan kutipan mata apabila pasangan mereka, Tang Chun Man/ Woon Khe Wei berjaya menumpaskan Chan Peng Soon/ Lee Hyo Jung dengan keputusan 11-8, 8-11, 11-10, 10-8 (3-1).

Lee Hyun Il terus cemerlang apabila melengkapkan kemenangan KB Muar dalam perseorangan lelaki. Dia tidak bermasalah menumpaskan pemain KB Petaling Jaya dari Thailand, Khosit Phetpradap dengan keputusan 11-9, 11-7,11-6 (3-0).

Menurut jurulatih KB Muar, Nova Armada dia sememangnya berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang semakin meningkat pada setiap perlawanan. Katanya “Saya berasa lega dengan prestasi semasa pasukan untuk kelayakan round robin ini kerana target utama kita sememangnya untuk layak ke saingan kalah mati di Genting Highlands.

“Hari ini juga menang besar walaupun kita hanya mensasarkan seri. Jadi baki perlawanan, saya cuma berharap pemain-peman mampu kekal konsisten dan melakukan terbaik bagi memastikan KB Muar kekal menang dalam setiap perlawanan,” ujar bekas pemain Indonesia itu.

Selepas Cyberjaya, baki saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Stadium Badminton Cheras dari 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.

Keputusan SSPL 2016/17 (3 Januari 2017)
(4pm) KB Petaling Jaya kalah kepada KB Muar 5-13
MS2: Goh Giap Chin kalah kepada Zulfadli Zulkiffli 0-3 (9-11, 6-11, 6-11)
WS: Sarita Suwannakitborihan kalah kepada Saena Kawakami 1-3 (9-11, 7-11, 11-10, 3-4)
MD: Koo Kien Keat-Or Chin Chung kalah kepada Teo Ee Yi-Teo Kok Siang 1-3 (10-11, 11-8, 6-11, 6-11)
XD: Tang Chun Man-Woon Khe Wei kalahkan Chan Peng Soon-Lee Hyo Jung 3-1 (11-8, 8-11, 11-10, 10-8)
MS1: Khosit Phetpradab kalah kepada Lee Hyun Il 0-3 (9-11, 7-11, 6-11)?