Sapura kekal tangga teratas, KLHC terus mengejar

By September 4, 2016 October 6th, 2016 Blog, Newsroom

Kuala Lumpur (4 September 2016): Sapura terus konsisten mengungguli tangga teratas Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas TNB pada perlawanan di Stadium Tun Razak, hari ini.

Pemain skuad negara Muhammad Marhan Jalil terus menjadi nadi kekuatan skuad bimbingan Yahya Atan itu apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ke-6.

Namun Syafiq Mohamad Sayfiq Syed Cholan memadam kelebihan itu apabila tenang menyempurnakan pukulan penalti minit ke-22.

Tonggak import Sapura Oscar William Wookey muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-45.

Namun Sapura tidak berada di kedudukan selepas pesaing terdekat Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mengekori rapat hanya ketinggalan satu mata apabila turut berjaya mencatat kemenangan 7-2 ke atas Maybank.

“Walaupun kami menang, saya tetap tidak berpuas hati dengan jumlah jaringan kerana kita sepatutnya mampu meraih lebih banyak gol lagi.

“Ini kerana, barisan pemain saya mendapat sembilan pukulan sudut penalti tetapi hanya dapat menyempurnakan empat daripadanya.

“Apapun ia masih satu pencapaian yang bagus kerana kami juga tidak boleh bergantung kepada jaringan padang,” katanya.

Tonggak Import Korea Selatan Nam Hyunwoo meledak hatrik untuk KLHC menerusi pukulan sudut penalti minit ke-20, 33 dan 51.
Muhammad Nor Faeez Ibrahim meledak satu lagi gol pukulan sudut penalti minit ke-27.
Sementara Muhammad Nur Asyraf Ishak, Muhammad Umar Bhutta dan Pedro Lopez Alonso masing-masing menjaringkan satu gol padang minit ke-8, 47 dan 58 untuk memberi kemenangan selesa buat Sapura.

Dua gol Maybank pula disumbangkan Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-11 dan 46.