Jin Wei finally come of age on the international stage
January 18, 2019Yew Sin-Ee Yi save the day for Malaysia
January 19, 2019KUALA LUMPUR (19 Januari 2019): Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi muncul satu-satunya wakil negara yang akan meneruskan cabaran dalam pentas akhir Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.
Bertemu sesama sendiri di separuh akhir tadi, Yew Sin- Ee Yi menewaskan rakan mereka, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-6 18-21 21-19.
Dalam perlawanan akhir esok, Yew Sin- Ee Yi akan menghadapi lawan sebenar apabila bakal bertemu pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya Sukamuljo. Yew Sin berkata, “Saya rasa hari ini kedua-dua pihak bermain di bawah tahap sebenar. Cuma siapa yang lebih konsisten muncul pemenang kerana kedua-duanya kerap melakukan kesilapan sendiri.”
“Kita kena bangkit untuk perlawanan esok kerana bukan mudah untuk melawan Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya. Memang kita perlukan strategi yang lebih baik esok,”kata Yew Sin.
Bagi Ee Yi pula, dia berkata, “Mereka adalah pasangan ranking nombor satu dunia. Pengalaman dan keberanian mereka sudah tentunya lebih daripada kita. Tapi, kita tidak akan mengaku kalah dengan mudah, bagi saya peluang esok adalah 50-50 dan tetap akan memberikan tentangan sengit,”ujar Ee Yi.
Fernaldi Gideon- Kevin Sanjaya yang juga pilihan pertama kejohanan mara apabila mengatasi beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem- Tan Wee Kiong 21-18 24-22 dalam aksi sengit yang berlangsung selama 37 minit di separuh akhir tadi.
Malaysia memiliki ramai wakil dalam separuh akhir hari ini namun masing-masing gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada lawan masing-masing.
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tumpas 16-21 16-21 kepada juara bertahan kejohanan dari Thailand, Ratchanok Intanon.
Beregu campuran profesional, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying juga terkeluar selepas bersaing dalam tiga set apabila tewas 15-21 21-7 14-21 kepada pasangan nombor tiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe- Arisa Higashino.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren pula akur apabila terpaksa memberi laluan percuma kepada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho ke perlawanan akhir apabila kecederaan tapak kaki kiri memaksanya menarik diri daripada beraksi.
Saingan PMM 2019 akan memasuki saingan akhir esok. Tiket boleh didapati menerusi pembelian atas talian di laman sesawang https://myticket.asia/ serta boleh membelinya secara fizikal semasa hari perlawanan di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).
Harga tiket adalah bermula dari RM40 hingga RM75 mengikut kategori tempat duduk (upper, lower dan premium) untuk perlawanan akhir. Kanak-kanak atau pelajar berusia 4-18 tahun pula boleh menikmati diskaun harga tiket sehingga 50% (untuk tempat duduk Upper Tier).
Berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$350,000.
Keputusan Penuh Separuh Akhir PMM 2019 (Hari ini)
MS SON Wan Ho (Korea) mng LIEW Daren Walkover
MS CHEN Long (China) mng Viktor AXELSEN (Denmark) 21-13 21-18
MD Marcus Fernaldi GIDEON- Kevin Sanjaya SUKAMULJO (Indonesia) mng GOH V Shem- TAN Wee Kiong 21-18 24-22
MD ONG Yew Sin- TEO Ee Yi (Malaysia) mng Aaron CHIA-SOH Wooi Yik (Malaysia) 21-6 18-21 21-19
WS Carolina MARIN (Sepanyol) mng Saina NEHWAL (India) 21-16 21-13
WS Ratchanok INTANON (Thailand) mng GOH Jin Wei 21-16 21-16
WD Greysia POLII- Apriyani RAHAYU (Indonesia) mng Misaki MATSUTOMO- Ayaka TAKAHASHI (Jepun) 20-22 21-13 21-19
WD Yuki FUKUSHIMA- Sayaka HIROTA (Jepun) mng Mayu MATSUMOTO- Wakana NAGAHARA (Jepun)
21-13 21-14
XD Yuta WATANABE- Arisa HIGASHINO (Jepun) mng CHAN Peng Soon- GOH Liu Ying 21-15 7-21 21-14
XD Dechapol PUAVARANUKROH- Sapsiree TAERATTANACHAI (Thailand) mng Robin TABELING- Selena PIEK (Belanda) 21-19 21-14
Jadual perlawanan akhir PMM 2019 (Esok, 20 Januari 2019)
Bermula 12.00pm
WD Yuki FUKUSHIMA- Sayaka HIROTA (Jepun) lwn Greysia POLII- Apriyani RAHAYU (Indonesia)
XD Yuta WATANABE- Arisa HIGASHINO (Jepun) lwn Dechapol PUAVARANUKROH- Sapsiree TAERATTANACHAI (Thailand)
WS Ratchanok INTANON (Thailand) lwn Carolina MARIN (Sepanyol)
MS CHEN Long (China) lwn SON Wan Ho (Korea)
MD Marcus Fernaldi GIDEON- Kevin Sanjaya SUKAMULJO (Indonesia) lwn ONG Yew Sin- TEO Ee Yi (Malaysia)