Persediaan Sukan Asia 2018: Malaysian Tigers dan Tigress Jalani Aksi Persahabatan di Australia

By July 18, 2018Newsroom

KUALA LUMPUR (18 JULAI 2018 ) : Skuad hoki lelaki dan wanita negara akan menjalani sesi persediaan terakhir sebelum ke Sukan Asia 2018 di Indonesia yang akan membuka tirai pada 18 Ogos ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Australia bagi memastikan misi untuk menaiki podium pada kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu berjaya dilaksanakan.Skuad wanita akan berada di Brisbane dari 21 hingga 29 Julai 2018 dan bakal menjalani lima perlawanan persahabatan menentang Queensland Academy of Sports (QAS) yang dijadualkan berlangsung di Pusat Hoki Brisbane.

Kapten pasukan wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani mahu beberapa kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti selepas tamat Kejohanan Hoki Siri Terbuka Singapura 2018, baru-baru ini diperbaiki dengan sebaiknya ketika menjalani lima perlawanan persahabatan tersebut.

“Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti dari segi serangan balas, menyudahkan pukulan sudut penalti terus dan cara untuk mengawal keadaan ketika kami dalam situasi kekurangan pemain.

“Kelemahan-kelemahan tersebut saya harap dapat diperbaiki dengan sebaiknya ketika di Brisbane dan secara tidak langsung juga aksi persahabatan tersebut kami perlu menggunakan dengan sepenuhnya sebagai persiapan untuk memantapkan pasukan menjelang Sukan Asia 2018,” jelas Amarina ketika dihubungi.

Sementara itu skuad lelaki yang akan ke Perth dari 22 Julai hingga 2 Ogos 2018 turut akan mengharungi lima perlawanan persahabatan menentang pasukan Australia dan aksi mereka dijadualkan berlangsung di Curtin University Campus yang juga merupakan Institut Sukan Australia (AIS).

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain skuad lelaki dan wanita yang akan menyertai siri perlawanan persahabatan di Australia.

Malaysian Tigers:

Kumar Subramaniam
Muhammad Hairi Bin Abd Rahman
Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib
Muhammad Razie Bin Abd Rahim
Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan
Faiz Helmi Bin Jali
Muhammad Azri Bin Hassan
Meor Muhamad Azuan Bin Hassan
Muhammad Marhan Bin Jalil
Joel Samuel Van Huizen
Mohd Fitri Bin Saari
Nabil Fiqri Bin Mohd Noor
Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad
Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil
Faizal Bin Saari
Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi
Muhammad Firhan Bin Ashari
Norsyafiq Bin Sumantri
Muhammad Shahril Bin Saabah
Muhamad Ramadan Bin Rosli

Malaysian Tigress:

Farah Ayuni Bt Yahya
Mas Huzaimah Bt Md Aziz
Siti Noor Amarina Bt Ruhani
Juliani Bt Mohamad Din
Raja Norsharina Bt Raja Shabuddin
Nuraini Bt Abd Rashid
Surizan Bt Awang Noh
Wan Norfaiezah Bt Md Saiuti
Fatin Shafika Bt Md Shukri
Hanis Nadia Bt Onn
Nuraslinda Bt Said
Nur Syafiqah Bt Mohd Zain
Fazilla Sylvester Silin
Nurul Syafiqa Bt Mat Isa
Nur Zafirah Bt Aziz
Nur Maizatulhanim Syafi Bt Sheik Fuad
Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh
Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun
Norazlin Binti Sumantri
Noor Hasliza Binti Md Ali

Jadual perlawanan skuad wanita bertemu Queensland Academy of Sports (QAS)

Isnin 23 Julai Perlawanan 1- 5.00 petang (Waktu Malaysia)
Selasa 24 Julai Perlawanan 2- 3.30 petang (Waktu Malaysia)
Khamis 26 Julai Perlawanan 3- 3.30 petang (Waktu Malaysia)
Jumaat 27 Julai Perlawanan 4- 3.00 petang (Waktu Malaysia)
Ahad 29 Julai Perlawanan 5- 1.00 petang (Waktu Malaysia)
Jadual perlawanan skuad lelaki bertemu pasukan Australia.
Selasa 24 Julai Perlawanan 1- 2.30 petang (Waktu Malaysia)
Rabu 25 Julai Perlawanan 2- 11.30 pagi (Waktu Malaysia)
Jumaat 27 Julai Perlawanan 3- 12.30 tengah hari (Waktu Malaysia)
Isnin 30 Julai Perlawanan 4- 1.30 petang (Waktu Malaysia)
Rabu 1 Ogos Perlawanan 5- 10.00 pagi (Waktu Malaysia)

Berikut merupakan butiran penerbangan pergi dan balik bagi skuad lelaki dan wanita ke Austalia.

Skuad Wanita:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Perlepasan: 20 Julai 2018 – OD157M, 6.05petang
Ketibaan: 30 Julai 2018 – OD158T, 3.45petang

Skuad Lelaki:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Perlepasan: 21 Julai 2018 – OD155K, 6.45petang
Ketibaan: 2 Ogos 2018 – OD152X, 8.55malam